SEJAK berkahwin dua tahun lalu, Isya sudah terbiasa duduk bersendirian di rumah pada waktu malam. Suaminya Azlan, yang bekerja di sebuah hospital di ibu negara sering bertukar-tukar syif kerja. Ada kalanya dia bekerja siang hari, namun kebanyakan waktunya dia akan ditugaskan untuk syif malam. Namun, ada satu kejadian yang menyebabkan Isya trauma sehingga dia terpaksa mengajak adiknya menetap bersama, sejak beberapa bulan lalu. Pada satu malam, Isya bersendirian menonton filem di aplikasi perkhidmatan penstriman video berasaskan langganan sebelum dia masuk ke bilik tidur sekitar pukul 2 pagi. Dalam kesamaran, Isya melihat satu sosok tubuh sedang tidur berbungkus dalam selimut. Mendengar bunyi dengkur yang kuat, Isya malas untuk mengacau suaminya, lantas dia terus berbaring di sisi. Ketika itu, hujan turun dengan selebat-lebatnya, ditambah pula dengan suhu pendingin hawa dalam bilik mereka, menyebabkan Isya kesejukan. Isya terus menarik selimut dan memeluk Azlan bagi menghangatkan tubuhnya. Gangguan mistik di rumah boleh menyebabkan penghuni hidup ketakutan. -Gambar hiasan Imbas Isya, dia merasakan tubuh Azlan pada malam itu agak panas seperti orang sedang demam, namun dia tetap memeluknya seperti biasa kerana sudah terlalu mengantuk. Sekitar pukul 6 pagi, Isya tersedar dan dia terus ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Sebelum mengambil sejadah dan telekung, Isya baru perasan Azlan tiada di atas katil. Dada Isya terus berdegup kencang kerana dia baru teringat yang Azlan sebenarnya masih belum pulang. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi lagu Ulek Mayang waktu malam masa ‘camping’, 4 sahabat pulang awal! Si penyanyi ‘dipanggil’ terjun sungai ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecantikan disetubuhi jin, kesan lebam penuh di badan! Makin malang tok bomoh pula ‘ratah’ ketika rawatan Isya terus mengucap panjang sambil mengurut dadanya, malah dia mula menangis kerana ketakutan. Dia terus menghubungi Azlan untuk mengesahkan keberadaan suaminya. Dalam panggilan telefon, Azlan menjelaskan dia masih berada di tempat kerja dan meminta Isya bersabar menunggunya pulang segera. Kira-kira 20 minit kemudian, Azlan tiba di rumah dan terus mendapatkan Isya yang sedang menangis. Isya turut menyedari terdapat kesan lebam di kawasan paha, punggung dan alat sulitnya, menyebabkan dia semakin takut akan gangguan mistik yang berlaku. Pasangan itu kemudiannya mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz yang turut menetap di kawasan perumahan sama. Menurut perawat itu, Isya berkemungkinan diganggu pocong kerana penyewa sebelum ini turut berdepan kejadian serupa. Sejak kejadian itu, Isya turut membawa adiknya yang baru habis sekolah untuk menetap bersama mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube