suria

Isteri lari balik kampung, tinggalkan suami dengan anak-anak... Jodoh terhalang gara-gara pelalau! - “Dia benci sangat dengan aku”

Sihir pemisah antara yang digunakan sesetengah individu. -Gambar hiasan

SEJAK kebelakangan ini, media sosial dipenuhi dengan isu penceraian dan krisis rumah tangga sama ada membabitkan artis dan selebriti mahupun masyarakat umum.

Sebilangan individu yang mempunyai deria keenam atau sixth sense mendakwa masalah yang melanda itu berpunca daripada pengaruh sihir.

Krisis sama turut dilalui M. Nasir dan isterinya yang telah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun.

Meluahkan kesedihan dialami di laman TikTok, ujar lelaki berusia awal 40-an ini, dia tidak menyangka perkahwinan yang didirikan atas dasar cinta akan menjadi hambar dan tidak berseri.

Lebih terkilan apabila masalah yang timbul berlaku di saat anak-anak masih memerlukan perhatian serta kasih sayang daripada kedua-dua orang tua.

Memulakan cerita, dia yang mesra disapa Nasir berkata, isterinya menunjukkan sikap dingin dan tidak mesra sejak dua tahun lalu.

Malah situasi yang melanda menyebabkan isterinya memilih untuk tinggal di kampung halaman secara bersendirian dan meninggalkannya bersama anak-anak.

Sihir pemisah sering diamalkan mereka yang cemburu dan iri hati. -Gambar hiasan

Sihir pemisah sering diamalkan mereka yang cemburu dan iri hati. -Gambar hiasan

“Sudah dua tahun berlalu dan dia duduk seorang diri sahaja di kampung,” luahnya sayu.

Pernah berkongsi masalah dialami dengan orang terdekat, Nasir masih enggan menerima bahawa dugaan yang dialami berpunca daripada amalan sihir individu iri hati dengannya mahupun isteri meskipun ramai yang menyatakan kemungkinan perkara kurafat itu berlaku.

Tambahan pula ujar Nasir, isterinya turut memencilkan diri daripada seluruh ahli keluarga termasuk ibu kandungnya sendiri.

“Isteri aku kena sihir ke apa pun tak tahulah. Dia benci sangat dengan aku dan mak dia sendiri.

“Sekarang rumah tangga kacau bilau,” tambahnya.

Mengakui semakin buntu dengan situasi yang melanda, ikhtiar untuk menyelamatkan rumah tangga menemui kegagalan sehingga bahtera impian yang dibina sekian lama hampir karam.

Mana tidaknya, selain mendapatkan rawatan tradisional, dia turut membawa isteri menghadiri kaunseling rumah tangga termasuk perubatan moden.

“Dah pergi ke hospital juga... doktor beri ubat minum tapi dia buang, kemudian doktor datang ke rumah berikan suntikan.

“Tapi keadaan dia tetap sama juga dan aku dah bawa dia jumpa tiga orang perawat.

“Sekejap sahaja dia okay, kemudian jadi balik,” luahnya yang turut tertekan dengan situasi berlaku.

Rawatan perubatan Islam antara ikhtiar yang dipilih sesetengah individu.

Rawatan perubatan Islam antara ikhtiar yang dipilih sesetengah individu.

Walaupun sedih dan stres, namun Nasir tetap ingin mempertahankan rumah tangga dan berusaha menawan semula hati isterinya.

Kebanyakan warga maya yang membaca luahannya tampil memberikan kata sokongan.

Tidak kurang juga yang memberi petua dan cara rawatan supaya ikatan perkahwinannya berjaya dikekalkan.

Bagi mereka yang mempunyai sixth sense, situasi dialami Nasir adalah berpunca daripada sihir pemisah yang menggunakan pelalau dan pensasau.

Untuk peringatan bersama, dalam Islam mempelajari dan mengamalkan ilmu sihir adalah haram sebagaimana sabda Baginda Rasulullah: Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita yang beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina." - [HR Bukhari 2766].

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain