GANGGUAN mistik boleh terjadi di mana sahaja, tidak kira di rumah, tempat kerja, bahkan di kawasan terbuka yang sunyi. Lazimnya mereka yang mengalami gangguan ini sering kali terdengar bunyi aneh, bayangan lembaga atau perasaan yang tidak tenteram. Bayangkan jika sering kali mengalami gangguan ini ketika berada di rumah... pasti seram bukan, lebih-lebih lagi ketika sedang bersendirian. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang tak baik datang rumah kita, kucing tanggung dulu” - Perawat ajar cara kesan jin pada Oyen, 9 ekor bulus mati kena sihir dituju kepada pemilik Bagi yang tertanya-tanya mengapa rumah mereka sering dihantui bunyi aneh, sebenarnya terdapat kemungkinan kediaman itu mempunyai gangguan genderuwo atau hantu raya. Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Al-Idrus di TikTok, dia merungkai tiga ciri utama sesebuah rumah yang mempunyai genderuwo: Ciri-ciri tersebut adalah: 1) Ada orang ternampak seseorang menyerupai kita di rumah, sedangkan kita tiada pada waktu yang dimaksudkan 2) Tidur sering diganggu mimpi sedang bersetubuh ataupun mimpi didatangi seseorang yang mempunyai maksuh ghairah. 3) Mimpi atau sering terdengar bunyi sesuatu sedang berjalan, tapak kaki atau guli dari arah bumbung atau tingkat atas. Jika anda mengalami antara ciri-ciri yang disebutkan, penting untuk tidak mengabaikan perasaan atau pengalaman tersebut. Sekiranya ia berterusan sehingga mengganggu kesejahteraan hidup, cuba berikhtiar dengan mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan Islam untuk mencari penyelesaian yang sesuai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube