suria

Waris pun tak berani, ahli paranormal terjah rumah pusaka penari istana! Baru nak ‘on’ kamera, muncul petunjuk seram

Rumah pusaka milik seorang penari istana (kiri) yang terletak di Kuala Kangsar. -Gambar hiasan (kanan)

KELIHATAN usang dari luar, sebuah rumah yang tersembunyi di sebalik belukar dan pohon-pohon liar masih utuh berdiri biarpun tidak berpenghuni.

Siapa sangka, rumah dengan seni bina Melayu tradisional yang terletak di Perak ini rupanya menyimpan 1001 misteri.

Kisah rumah tersebut didedahkan oleh seorang ahli paranormal yang membuat perkongsian video di TikTok miliknya, @puteramiloo, selepas dihubungi oleh waris pemilik asal kediaman itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tumpah darah, gugur bayi sulung lepas jamah masakan biras... Rupanya dicampur air jampi, iri hati hamil awal!

"Nenek saya penari Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar. Jadi dalam rumah tu ada banyak barang antik seperti katil, piring hitam, tombak dan banyak lagi. Semua tembaga.

"Nak dijadikan cerita, selepas datuk dan nenek meninggal dunia, rumah tu dibiar begitu saja. Anak-anak pun tak berani nak ambil.

"Sebab bapa saudara saya pernah ambil bunga pacak yang diletakkan di kepala dan talam tembaga. Balik ke rumah malam tu belakang badannya dicakar-cakar, berdarah.

"Kemudian dia menghantar semula barang-barang yang diambil ke rumah itu," kongsi ahli paranormal itu, berkongsi semula mesej yang ditulis oleh cucu kepada pemilik rumah tersebut.

nenek 2

Rumah pusaka ini dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Waris tersebut turut mendedahkan, beberapa individu pernah cuba untuk mengambil barang antik yang disimpan arwah neneknya, namun akhirnya 'menyerah' selepas mengalami gangguan dahsyat.

"Rumah tu memang ada penunggu yang jaga barang-barang tu. Banyak juga orang yang datang nak ambil... tapi dengar macam-macam bunyi semua, tak jumpa jalan keluar.

"Sampai mereka letak semula barang-barang, barulah dapat keluar dari rumah tu.

"Adik ipar pernah pergi pun ada orang yang berbisik dekat telinga. Kata 'dia', 'kau bukan orang sini... kenapa datang sini? Cari apa?

"Sampai sekarang tak tahu apa penunggu rumah tu. Seluruh keluarga pun tak berani nak pergi rumah tu," kongsinya lagi.

Atas permintaan waris tersebut, ahli paranormal itu yang hanya mahu dikenali sebagai Milo, melakukan misi untuk membongkar misteri di sebalik barang-barang antik yang didakwa mempunyai penunggu itu.

Berkongsi dengan mStar, Milo yang melakukan misi tersebut pada malam Selasa bersama seorang ustaz mengakui kebenaran kisah yang diceritakan oleh waris berkenaan kepadanya.

nenek 5

Gambar kenangan keluarga besar penari berkenaan di hadapan rumah pusaka.

"Kami sampai di lokasi pada pukul 11 malam. Tengah setup kamera untuk buat live di TikTok dekat luar, terus terdengar bunyi barang jatuh dekat dalam.

"Memang terkejut. Seolah-olah 'dia' tak suka kami datang," ceritanya.

Malah apa yang mengejutkan, ujar pemuda berusia 31 tahun ini, bunyi barang terjatuh sekali lagi kedengaran sebaik saja dia memberi salam untuk masuk ke rumah pusaka berkenaan.

"Baru saja bagi salam, dah jatuh lagi barang. Kami tetap teruskan masuk. Tapi agak kecewa apabila line teruk sangat hingga siaran langsung tersekat-sekat.

"Dalam rumah tersebut ada cucuk sanggul, piring hitam, lampu pelita minyak tanah, radio lama dan banyak lagi.

"Hampir sejam berada dalam rumah, saya terdengar suara bisikan seolah-olah berkata 'pergi!'. Viewers live pun dengar dan kata macam suara seorang nenek... Wallahualam," ujarnya sambil menambah, dia sempat berada di dalam rumah pusaka tersebut selama satu jam.

nenek 4

Milo berkecimpung dalam aktiviti paranormal sejak dua tahun lalu.

Tambah Milo, daripada 'imbasan' yang dilakukan ustaz, penunggu yang dimaksudkan berkemungkinan adalah saka.

"Malam itu, tiada kelibat aneh yang kelihatan, hanya suara bisikan dan barang jatuh saja. InsyaAllah, kami akan ke sana lagi nanti untuk repeat sebab masalah line baru-baru ini.

"Dua tahun berkecimpung dalam bidang paranormal, pengalaman di rumah ini memang lain. Ditambah pula rumah pusaka milik seorang penari istana.

"Apa pun, mesej daripada perkongsian ini, kita tak perlu takut. Kita sama dicipta sebagai makhluk-Nya, tapi kita berbeza alam. Dan kita kena percaya benda ini wujud... cuma perlu takut kepada Allah," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia