RAMAI beranggapan jerawat di wajah adalah perkara normal dan terjadi kepada semua orang terutama golongan remaja.
Susulan itu, lambakan produk berkaitan kulit dan kecantikan yang terdapat di pasaran menjadi pilihan.
Tambahan pula ada yang mengaitkannya dengan perubahan hormon sehingga membuatkan kebanyakan individu terlepas pandang tentang bahaya jika tesalah menggunakan produk.
Bagaimanapun, pendedahan seorang perawat dari Pusat Rawatan Ali Idrus mengejutkan ramai.
Mana tidaknya, dia menyatakan jerawat pada wajah adalah salah satu tanda seseorang itu terkena sihir.
Wajah berjerawat membuatkan mereka yang mengalaminya kurang keyakinan diri. -Gambar hiasan
"Tanda yang pertama, sering berlaku kepada orang ramai... jerawat naik tak henti-henti," kongsinya di laman TikTok.
Malah katanya, mereka yang mencuba pelbagai jenis produk di pasaran sama ada untuk dalaman mahupun sapuan luar sepatutnya peka dengan masalah dialami.
Ini kerana, sekiranya penggunaan tidak memberi sebarang kesan baik seperti yang dinyatakan, ia menjurus kepada sihir wajah.
"Dah makan dan pakai macam-macam produk tapi tetap tak berkesan," tambahnya.
Lebih membimbangkan apabila masalah tersebut juga membuatkan mereka yang terkena sihir wajah akan kehilangan seri dan aura seterusnya kurang keyakinan diri.
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer TikTok hampir disengat kala jengking, diganggu ular hitam depan rumah!
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekawan berkhemah dalam hutan sambut tahun baharu... Pukul 2 pagi dengar bunyi bising, terkejut dapat tahu kisah ‘pasar setan’
Kesannya, si penghidap akan selalu bersendirian kerana tiada individu yang ingin mendekati dan berkawan.
"Yang kedua, orang tengok wajah kamu hilang seri atau tidak ada karisma... orang tengok macam tak best.
"Tak ada orang nak berkawan dengan kita," jelasnya lagi.
Tidak kurang juga yang mengalami masalah jodoh lambat, apa sahaja urusan yang ingin dilakukan menjadi sukar selain kurang keyakinan diri.
"Yang ketiga, aura wajah hilang, muka cantik tapi jodoh lambat, semua (urusan) jadi berat, keyakinan kurang, tengok wajah sendiri pun rasa sesuatu," ujarnya.
Sihir sering dijadikan 'alat pemusnah' untuk menjatuhkan seseorang.
Menurut perawat ini lagi, mereka yang mempunyai ketiga-tiga tanda itu juga akan mengalami mimpi seram seperti jatuh dari tempat tinggi.
Paling menggerunkan apabila ada yang bermimpi dikejar binatang berbisa sehingga memberi kesan apabila terjaga.
Malah katanya, ada yang bermimpi dirinya disakiti oleh seseorang di dalam mimpi.
"Kalau ada ketiga-tiga tanda tu, anda juga akan bermimpi jatuh tempat tinggi, mimpi dikejar binatang berbisa, mimpi ada orang nak sakiti di dalam mimpi," tambahnya.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan, wajah sepatutnya memiliki aura menarik meskipun seseorang itu tidak mempunyai rupa yang cantik atau kacak.
Untuk peringatan bersama, dalam Islam mempelajari dan mengamalkan ilmu sihir adalah haram sebagaimana sabda Baginda Rasulullah: Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.
Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu?
Sabda Baginda: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina." - [HR Bukhari 2766].