RASANYA tiada siapa sanggup keluar dari rumah dengan bulu hidung menjalar keluar, sungguh memalukan! Tapi jangan tanya kenapa sekiranya ia menjadi trend terbaharu dunia fesyen masa kini. Mana tidaknya, gerakan hastag #nosehairextensions semakin mendapat perhatian di Instagram apabila ramai (tidak kira lelaki atau perempuan) memuat naik gambar bulu hidung mereka melentik keluar. Barangkali selepas ini kita tidak perlu lagi membuang masa untuk trim bulu hidung kerana ia sudah menjadi trend semasa. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen berbalah aksi model Nike Women... “Cukurlah bulu ketiak tu” Sanggupkah anda keluar dengan bulu hidung terkeluar? Gerakan itu dimulakan oleh seorang personaliti Instagram menggunakan nama profil @gret_chen_chen yang memuat naik foto bulu hidungnya terkeluar pada 2017. Gret mengggunakan bulu mata palsu yang dilekatkan dalam lubang hidung dan membiarkan bulunya terkeluar dan dalam sekelip mata ia menjadi ikutan di laman sosial itu. Kini, selepas dua tahun, ia kembali tular sejak seminggu lalu di Google News Trends sebelum muncul beberapa artikel lain mengatakan ia trend terbaharu dalam dunia fesyen. Tak perlu bimbang, buat masa ini ia hanya cabaran di Instagram dan rasanya tiada siapa berani keluar rumah dengan bulu hidung terkeluar. Sanggupkah anda? - Mirror