KETIKA menyambut Hari Raya Aidilfitri, golongan wanita pasti ingin kelihatan cantik dan berseri-seri.
Apa kata cuba solekan semula jadi untuk tampil lebih ayu dan menawan pada lebaran ini.
Lapan tip solekan ini akan membuatkan wajah anda kelihatan glowing semula jadi sepanjang hari.
1. Pilih bedak asas yang sesuai
Warna bedak asas dan concealer yang sepadan dengan tona kulit anda bukan sahaja akan menyembunyikan cela, tetapi membuatkan wajah kelihatan polos.
2. Blend solekan dengan sekata
Inilah hasil solekan yang blend dengan sekata. Kredit gambar: Instagram jurusolek @muks83
Tiada masalah sama ada anda ingin menggunakan berus solekan atau beauty blenders, apa yang paling penting adalah anda blend solekan dengan sekata untuk elak wajah jadi bercapuk!
3. Strobing
Pastikan anda berhati-hati ketika melakukan strobing atau highlight pada wajah supaya tidak kelihatan lucu.
Anda mahu kelihatan glowing, bukannya memberikan pantulan cahaya kepada mereka yang memandang.
4. Rapikan kening
Bulu kening adalah salah satu elemen penting yang menyerlahkan lagi keanggunan wajah seseorang wanita.
Rapikan kening mengikut gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda!
5. Solekan mata ringkas
Pada hari raya, anda perlu kelihatan ringkas tetapi wajah berseri-seri.
Jadi, elemen penting untuk mendapatkan mata yang bercahaya adalah memiliki bulu mata yang tebal dan lentik, tetapi dalam masa sama tidak overdo!
Ingat, anda ingin kelihatan semula jadi. Maka, tidak perlu beriya sehingga memakai bulu mata palsu. Oleskan maskara sudah mencukupi.
6. Pemerah pipi
Pemerah pipi ibarat penyeri wajah seseorang. Kredit gambar: Instagram jurusolek @intankaharuddin
Jangan gunakan teknik contouring pada hari raya jika anda enggan kelihatan seperti menghadiri majlis anugerah atau makan malam tahunan.
Cukup sekadar mengenakan pemerah pipi dan sedikit sentuhan bronzer untuk menyerlahkan keserian pada wajah.
7. Sental bibir
Sebelum mengenakan gincu, anda harus menyental bibir secara lembut dan menggunakan balsam bibir terlebih dahulu.
Barulah gincu di bibir akan tahan lebih lama dan nampak lebih cantik ketika dipakai.
8. Gincu
Gincu warna nude tidak boleh dipisahkan dengan solekan gaya semula jadi. Kredit gambar: Instagram @neelofa
Elak daripada menggunakan gincu merah atau warna-warna terang, sebaliknya pilih warna nude yang sepadan dengan tona kulit anda.
Bukan sahaja ia membuatkan solekan anda kelihatan terletak, tetapi juga nampak glowing semula jadi. - Fustany