suria

Helo lelaki! Jangan main bedal barang penjagaan diri, ikuti 5 tip ini untuk tampil lebih segak

Penampilan diri bukan sahaja terletak pada pakaian tetapi juga kebersihan diri yang dilakukan setiap hari juga mencerminkan imej seseorang. Foto Sekadar Hiasan

ADA segelintir kaum lelaki yang mengambil mudah tentang kebersihan diri sehingga penampilan mereka kelihatan selekeh dan tidak menarik.

Itu belum lagi sikap sambil lewa dalam hal-hal barangan penjagaan diri malah ada yang menggunakan seketul sabun untuk mencuci rambut, muka dan badan!

ARTIKEL BERKAITAN : Ini 5 petanda sudah tiba masanya anda perlu beli kasut baharu

Jangankan sabun... minyak wangi pun kadang-kadang main 'bedal' rakan punya yang langsung tidak sesuai dengan anda. Macam manalah perempuan nak melekat?

Masih belum terlambat untuk memperbaiki sikap 'ambil mudah' ini dan ia boleh dimulakan dengan 5 perkara asas ini.

1. Tukar pencukur selepas enam kali guna

Lelaki dan pencukur ibarat rakan baik tetapi bagi yang tidak ambil kisah, pencukur sama akan digunakan sampai pisaunya tumpul!

Sebenarnya pencukur tidak boleh digunakan lebih daripada enam kali - bukan sahaja bahaya dan kesan cukuran yang tidak maksimum, malah banyak kuman sudah melekat pada pisaunya walaupun dicuci dengan air.

Kalau kedekut sangat nak beli yang baru, pastikan selepas guna keringkan pencukur anda dan letak dalam keadaan kepala pisau ke atas.

2. Tukar berus gigi setiap tiga bulan

Ini paling popular! Tukarlah ya... bukan mahal sangat sebatang berus gigi. Berus gigi yang digunakan lebih tiga bulan sudah tidak lagi efektif membersihkan kotoran dan plak yang tersorok.

Ia bukan sahaja tidak dapat membersihkan oral anda secara menyeluruh dan menyebabkan mulut anda tetap berbau. Imej kena jaga okey?

3. Guna perapi lebih kerap, kurangkan syampu

Cara paling terbaik untuk mendapatkan rambut yang cantik dan terletak - guna perapi setiap hari dan kurangkan syampu. Ia turut membantu menyihatkan serta memberi kelembapan kepada rambut anda.

Bukan itu sahaja, ia memudahkan anda membentuk rambut mengikut gaya diinginkan.

4. Pengering rambut

Apa kata laburkan sedikit wang untuk membeli pengering rambut berbanding mengelap secara kasar rambut anda selepas mandi?

Penggunaan pengering rambut bukan sahaja mengeringkan rambut anda lebih cepat tetapi memastikan rambut anda tidak cepat rosak selain ia dapat dibentuk dengan baik. Handsomelah lepas tu.

5. Penyembur badan

Bau badan barangkali adalah masalah biasa setiap daripada kita, namun itu bukan alasan untuk tidak berbuat apa-apa mengenainya.

Penggunaan produk sesuai dapat membantu mengatasi masalah bau badan tambahan pula cuaca di Malaysia sering panas. - GQ

Berus Gigi, Syampu, Lelaki, Penampilan, Mode

Artikel Lain