suria

Ini 5 petanda sudah tiba masanya anda perlu beli kasut baharu

Kasut yang dipakai terlalu lama boleh mendatangkan masalah kepada kaki. -foto Shutterstock

TAK dinafikan ramai antara kita mempunyai kasut kesayangan, sehingga ada yang masih memakainya walaupun nampak buruk dan lebih teruk lagi enggan membeli kasut baharu.

Sedangkan, kasut yang sudah lama dipakai akan membuatkan kaki anda sakit, selain membawa kepada beberapa masalah lain.

Memetik Footwear News, berikut disenarakan lima tanda-tanda menunjukkan kasut anda perlu diganti baharu daripada pemilik Little Shoes, Justin Sigal.

1. Kaki terasa sakit

Jika kaki tiba-tiba sakit, boleh jadi kasut adalah puncanya. Walaupun kerosakan tidak nampak secara jelas, material atau teknologi keselamatannya mungkin telah rosak dan tidak mampu memberi sokongan atau perlindungan yang sepatutnya. Ia adalah masalah tersembunyi.

2. Tapak mulai terpisah

Jika tapak lekang atau terpisah daripada bahagian atas kasut, sudah tibalah masa untuk anda membeli sepasang kasut baharu. Ini kerana, walaupun jurang atau lubang pemisahannya kecil, air atau serpihan masih boleh masuk ke dalam kasut dan menyebabkan sakit kaki, malah akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada kaki anda dan kasut itu sendiri.

3. Tapak dan tumit haus

Bagi mereka yang mengalami over pronate, menurut Foot.com, bahagian tapak serta tumit boleh haus atau menjadi nipis lebih cepat.

Menurut runner.id, over pronate adalah posisi kaki yang menapak dimulakan dengan menggunakan tumit, kemudian bahagian tepi luar kaki, kemudian ke hujung kaki bahagian luar.

4. Jari kaki melecet

Tanda lain yang disebutkan Justin adalah ketika kawasan jari kaki pada kasut mulai rosak. Biasanya disebabkan sering menyentuh sidewalk dan sisi meja. Perlahan-lahan kawasan jari akan haus dan tidak memberikan keselesaan pada kaki, khususnya jari-jari.

5. Timbul bau

"Ketika anda dapat menghidu bau tidak sedap kasut anda, sekaranglah masanya untuk membeli yang baharu," kata Justin. 

Walaupun banyak kasut pada masa ini menggabungkan lapisan anti-mikro yang membantu mencegah bakteria tumbuh di dalam kasut, bau masih mampu terbentuk. -FootWearNews

kasut, sakit kaki, tapak haus

Artikel Lain