suria

Gaun ikonik dengan sulaman flora digayakan Rihanna kini dipamer di Singapura

Kemunculan Rihanna di acara Met Gala 2015 menjadi bualan sehingga ke hari ini.

ANDA mungkin pernah melihat gambar gaun avant-garde yang digayakan oleh bintang sensasi Rihanna di Met Gala sekitar empat tahun lalu.

Gaun kuning diraja lengkap dengan cape berbulu serta sulaman corak berbentuk flora cukup meninggalkan kesan bukan sahaja kepada penyanyi lagu Umbrella itu, namun pereka fesyennya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pakaian sopan batik Borneo Jameqha sudah masuk pasaran di London!

Gaun yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan itu direka oleh Guo Pei yang juga pereka fesyen adi busana dari China.

Guo Pei bersama gaun ikonik rekaannya.

Selepas empat tahun, kini anda berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat gaun ikonik itu apabila ia dipamerkan di Singapura.

The Asian Civilisations Museum (ACM) di Singapura berkolaborasi dengan Guo Pei bagi mempamerkan impak dan kepentingan seni dan kebudayaan Cina dalam memberi impak kepada dunia hari ini.

Pameran The Guo Pei : Chinese Art and Couture Exhibition mempamerkan 29 baju rekaan pereka fesyen itu termasuk 20 seni Cina dari koleksi muzium itu.

Pameran itu dimulakan dengan memaparkan gaun yang dipakai Rihanna itu yang menjadi penanda aras kepada Guo Pei memasuki pasaran antarabangsa.

Gaun ikonik itu juga mewakili semua kerja keras dalam mengetengahkan seni yang diinspirasikan daripada masyarkat Cina ke mata dunia.

Gaun tersebut akan dipamerkan sehingga 15 September depan di Singapura.

Pameran itu juga terbahagi kepada tiga seksyen, In Gold Is The Colour Of My Soul iaitu rekaan pengenalan Guo Pei yang menggambarkan sejarah warna, teknik dan material digunakan untuk golongan bangsawan di China.

Menerusi China And The World pula, Guo Pei mempamerkan seni China yang digabungkan dengan budaya Barat dan jahitan.

Treasured Heirlooms: Chinese Birdal Dress pula, Guo Pei mempamerkan kreativitinya dalam memberi suntikan moden kepada stail perkahwinan tradisional masyarakat Cina yang sarat dengan elemen peranakan.

The Guo Pei : Chinese Art and Couture Exhibition sedang berlangsung sehingga 15 September depan. - Star2

Rihanna, Guo Pei, Singapura

Artikel Lain