BERBAKI beberapa minggu lagi, kita akan melangkah ke tahun baru. Sudah pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk memperagakan gaya dan penampilan fesyen yang akan menjadi trending pada tahun hadapan. Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah penata gaya di sebalik nama-nama selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Scha Alyahya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Datuk Sheila Majid, Ziana Zain dan ramai lagi ? Min Luna, begitulah figura berperanan penting berusia 35 tahun di sebalik fesyen selebriti yang trendy ini. Berikut adalah perkongsian Min Luna berkenaan ramalan gaya dan penampilan fesyen yang bakal menjadi ikutan pada 2020. Reka corak polka dot kembalikan kegilaan memori retro. 1) Polka Dot Polka dot menjadi antara ribuan motif yang popular dan menjadi trend dalam dunia fesyen sekitar tahun 50-an dan 60-an, jadi zaman 2000 ni mungkin anda yang akan membuat comeback trend tersebut. Reka corak klasik ini kelihatan cukup segar dan ceria serta dapat mengembalikan sebahagian daripada kegilaan memori retro dan menonjolkan kegembiraan jiwa muda. Menariknya, reka corak polka dot ini lama dipakai dan diterima oleh semua khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka. Ia adalah definisi kepada gaya menggoda dan polos serta dapat menyerlahkan perwatakan kewanitaan dalam berfesyen. Ramai pereka fesyen antarabangsa dan tempatan gemar corak dan warna polka dot yang lazimnya padanan rona hitam dan putih untuk pakaian, ada pada gaun, skirt, kemeja dan tali leher. Bagi individu yang bertubuh kecil dan ramping, anda boleh menggayakan atau memilih motif polka dot dengan bulatan yang lebih besar. Bagaimanapun, bagi individu yang berbadan gempal boleh memilih motif pola dot bersaiz besar (double xl) untuk menutup bahagian yang besar disertakan dengan padanan bottom motif polka dot bersaiz kecil, ataupun sebaliknya. Ruffles and tiers bantu individu berbadan petite kelihatan lebih tinggi. 2) Ruffles and Tiers Tahukah anda ? Ruffles bertingkat sangat bagus dalam menyembunyikan bahagian yang bermasalah di sekeliling perut anda. Selain membenarkan pergerakan anda lebih mudah (flowy) dan kelihatan bergaya pada masa yang sama, skirt bertingkat ini dapat membuatkan anda kelihatan langsing dan tinggi. Tiered skirt atau skirt bertingkat ini sesuai bagi individu berbadan petite kerana lapisan melintang bertingkat pada skirt menampakkan individu lebih besar sekaligus bilangan tingkat skirt membantu kelihatan lebih tinggi. Karakter neon buatkan anda kelihatan lebih fresh dan energetic. 3) Neon and Splash Anda gemar bermain dengan warna ? Neon and splash merupakan pilihan menarik yang patut anda cuba gayakan pada tahun hadapan. Meskipun ramai yang cuba mengelak daripada memakai outfit yang berwarna neon sebab akan nampak pelik dan over, tetapi sekarang ni warna neon sudah kembali mengikut trend fesyen. Anda boleh menggayakan outfit berwarna biru elektrik, pink, kuning atau hijau muda yang mampu mempengaruhi emosi anda dan membuatkan anda kelihatan lebih segar dan bertenaga. Anda boleh cuba padanan warna neon dan basic (kelabu, hitam, putih) untuk nampak playsafe. Karakter warna neon lebih sesuai dipakai ketika keluar bersantai jika anda takut menarik perhatian mata-mata yang memandang. Jika anda jenis orang yang fearless, anda boleh cuba mengenakan dua padanan warna neon dalam menyesuaikan outfit anda. Tidak semestinya mengenakan warna-warna yang terang pada pakaian sahaja, anda juga boleh menggayakan apa-apa aksesori seperti kasut atau beg tangan yang berwarna neon. Tampil kelihatan berbeza dengan gaya pemakaian electric leather. 4) Electric Leather Tidak menjadi masalah untuk mengenakan pakaian kulit berwarna neon di Malaysia kerana kebanyakan material nya bersifat sintetik dan breathable, jadi inilah masanya untuk anda cuba ! Tampil kelihatan berbeza daripada tahun sebelumnya dapat memberikan kepuasan kepada diri anda kerana mencuba sesuatu yang baru. Jika anda takut untuk mengenakan pakaian tersebut pada waktu bekerja, anda dapat bermain dengan warna-warna yang menyerlah ini pada hujung minggu. Pemilihan suits yang betul dapat memberikan anda keyakinan dan membuatkan anda kelihatan presentable. 5) Suits Di sini Min Luna memberikan pendapat supaya anda sekurang-kurangnya memiliki sepasang suit mengikut ukuran tubuh badan anda supaya anda lebih berkeyakinan apabila memakai outfit tersebut. Selain membuatkan anda kelihatan presentable, suits mampu menampakkan anda seorang yang professional. Bukan sahaja boleh dikenakan pada acara formal, anda juga menggayakannya ketika bersantai dengan padanan aksesori yang ringkas untuk tampil feminin.