suria

Akui fasa pemulihan bukan sesuatu yang mudah... KL Fashion Week bangkit semula, tampil lebih garang!

Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan gabungan mereka dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), bagi memperingati kembalinya pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia.

MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) membuat kemunculan semula berikutan edisi maya tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan akibat pandemik.

KLFW akan berlangsung dari 1 November hingga 7 November, mempamerkan 48 pereka Malaysia yang mengetengahkan koleksi ready-to-wear mereka di mana acara ini boleh dipertontonkan secara digital dan juga bersemuka di Pavilion Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Chanel, Louis Vuitton catat carian tertinggi global setiap hari... ini 10 beg tangan berjenama paling dicari!

Sejak penubuhannya pada 2013, KLFW telah menjadi platform penting untuk pereka berpengalaman dan baru muncul di negara ini untuk meraikan dan menghormati ciptaan komuniti fesyen.

Mencerminkan moto mereka 'wear local, dress global', KLFW telah mencipta ruang untuk bakat baru membawa hasil usaha mereka ke peringkat antarabangsa sambil membina platform yang mementingkan gaya selama ini.

IMG_1846

"Saya tidak sabar untuk 2022, saya rasa sudah cukup dengan 2021 dan kini persembahan harus diteruskan", inilah antara kata-kata yang dilemparkan oleh pengasas KLFW, Andrew Tan sekali gus menunjukkan beliau tidak berputus asa untuk meneruskan lagi acara ini pada masa akan datang.

Malahan, beliau mengakui melakukan acara itu untuk industri, bukan untuk dirinya sendiri.

Acara ini bertujuan untuk menyuarakan serta menghidupkan lagi fesyen yang direka oleh pereka tempatan kita kerana walau bagaimana sekali pun pada penghujung hari pereka ini perlu menjual hasil rekaan mereka kepada khalayak.

IMG_1666

Tahun lepas menyaksikan 60 pereka mengambil bahagian dalam acara fesyen untuk menyampaikan mesej kebangkitan dan kelestarian.

Pertunjukan tahun ini adalah yang terbesar bagid KLFW kerana Malaysia beralih daripada series 'lockdown' yang menjejaskan banyak industri sehingga aktiviti menjadi terhad, termasuk fesyen.

IMG_1588

“Sudah tentu kita telah melalui beberapa masa yang sukar. Bagaimanapun, dengan semua krisis lain, ini juga akan berlalu,” kata Tan dalam satu kenyataan akhbar.

IMG_1617

Peminat KLFW juga akan dapat menyaksikan acara ini secara online di rumah mereka atau di mana saja mereka berada di mana daripada 14 pertunjukan, 12 daripadanya terdiri daripada beberapa pereka terbaik negara seperti Andy Bandy, Celeste dan Cassey Gan.

Acara tahun ini ditaja oleh Lexus, Samsung dan AmBank.

“Setiap daripada mereka bukan sekadar menyokong kami dari segi kewangan, malahan saya percaya mereka benar-benar menawarkan sesuatu yang istimewa hingga ia mengubah cara kita bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan teknologi.

“Mereka membuka peluang kewangan pada masa genting ini dan memberi nasihat tentang pilihan terbaik yang tersedia untuk perniagaan dalam era yang penuh dengan sesuatu yang baharu ini,” kata Tan.

IMG_1633

Pameran tekstil Malaysia di bawah inisiatif Benang Warisan KLFW akan berlangsung dari 3 November hingga 7 November untuk memberi penghormatan kepada fabrik tempatan dan sejarahnya.

Untuk menggalakkan lagi penghargaan yang lebih tinggi untuk tekstil Malaysia, KLFW telah bekerjasama dengan Taylor’s University dan Barbie Mattel untuk Projek Patung yang bertujuan untuk memelihara kepelbagaian seni dan kraf Malaysia merentasi etnik yang berbeza.

IMG_1644

Inisiatif baharu ini menampilkan 12 Anak Patung Barbie berpakaian berdasarkan empat tema artisanal – Manik Nyonya, Sulaman Tekat, Kaligrafi dan Inai.

Acara tahun ini juga menandakan Anugerah Fesyen Kuala Lumpur 2021 yang pertama kali meraikan kedua-dua industri dan pereka di mana ia disampaikan oleh Lexus Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain