suria

Pakar beri pandangan amalan pakai baju tidur semasa WFH, benarkah boleh jejas kesihatan mental?

Ramai bekerja dari rumah mendapati produktiviti mereka terjejas kerana terpaksa berurusan dengan anak-anak kecil, juga terperangkap di rumah semasa sekolah ditutup.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, semakin ramai yang membiasakan diri bekerja dari rumah atau 'work from home'.

Kajian yang dijalankan oleh Australian Medical Journal mendapati bahawa memakai baju tidur semasa bekerja dari rumah boleh membawa kepada masalah lemah kesihatan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke bahaya guna pad sanitasi? Ketahui tip elak risiko penyakit kronik kerana penggunaan tuala wanita

Kajian yang dijalankan pada April dan Mei 2020 mendapati bahawa orang yang memakai baju tidur semasa bekerja dari rumah mempunyai kesihatan mental yang lebih teruk berbanding mereka yang mempunyai anak.

Kajian itu dijalankan ke atas pekerja dan pelajar sebuah institut penyelidikan perubatan di Sydney, Australia.

Mereka menilai kesan memakai baju tidur terhadap keseluruhan produktiviti dan kesihatan mental kumpulan itu yang bekerja dari rumah.

Lebih ramai orang yang memakai baju tidur pada siang hari sekurang-kurangnya satu hari seminggu menunjukkan kesihatan mental mereka merosot semasa bekerja dari rumah.

wfh 2

Memakai baju tidur di tempat kerja tidak bermakna kecekapan kerja berkurangan cuma kesihatan mental anda merosot dari semasa ke semasa.

Para penyelidik bagaimanapun tidak dapat menentukan secara khusus bahawa memakai baju tidur secara langsung menyebabkan kemerosotan ini, tetapi mereka mendapati bahawa memakai pakaian harian biasa boleh mengurangkan kemurungan.

Malah emakai pakaian selain baju tidur juga boleh meningkatkan mood seseorang apabila bekerja dari rumah.

Penyelidik juga menggalakkan orang ramai untuk memakai pakaian kerja bagi mengurangkan masalah kemurungan.

Biasanya memakai baju tidur tidak akan memberi sebarang kesan, tetapi memakainya di tempat kerja mampu menimbulkan impak berbeza.

wfh

Kajian saintifik membuktikan menghabiskan sepanjang hari berbaju tidur tidak menjejaskan aktiviti.

Kajian itu juga mendapati semua aspek pemilihan pakaian mempengaruhi produktiviti, corak tidur dan kesihatan mental.

Menukar pakaian di rumah menunjukkan bahawa anda bersedia dari segi mental untuk menumpukan perhatian pada kerja.

Jika bekerja dari rumah membuatkan anda berasa sedih, pertimbangkan untuk menukar pakaian anda kepada pakaian harian di tempat kerja dan elakkan memakai baju tidur.

Cara pakaian dan penampilan boleh meningkatkan mood anda kepada yang lebih baik kerana aura positif mula timbul.

Walaupun kajian ini dijalankan dalam kalangan warga Australia, kebanyakan bahagian dunia juga masih mengamalkan kerja harian yang sama seperti bekerja dari rumah.

Ini boleh membantu anda berasa lebih baik dan mengekalkan kesihatan mental semasa bekerja dari rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain