suria

Tak perlu lama-lama di bilik air! Ketahui tempoh mandi paling ideal yang disyorkan pakar

Harus kita ambil cakna bahawa tempoh masa anda mandi turut mempengaruhi keadaan kulit anda.

MANDI adalah amalan penting dilakukan untuk membersihkan seluruh badan kebiasaannya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan manusia.

Sesetengah orang suka menghabiskan banyak masa di bilik mandi, terutamanya jika mereka menggunakan pancuran mandian dan mandi di dalam tab.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke bahaya guna pad sanitasi? Ketahui tip elak risiko penyakit kronik kerana penggunaan tuala wanita

Walaupun mandi adalah aktiviti penting, kita sebenarnya tidak digalakkan untuk mandi terlalu lama.

Apa sebabnya?

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), purata masa bagi setiap individu untuk mandi ialah lapan minit.

Pada masa yang sama, menurut Lembaga Pakar Dermatologi Bertauliah, Dr Edidiong Kaminska, MD, masa mandi yang disyorkan ialah kira-kira 5 hingga 10 minit.

Tempoh ini dianggap sudah cukup untuk membersihkan dan melembabkan kulit tanpa berlebihan.

.

Mandi bukan sahaja dapat membersihkan diri, malah boleh memberikan ketenteraman kepada individu.

"Kulit memerlukan air, sama seperti badan kita, tetapi jika kita menggunakan terlalu banyak atau terlalu sedikit air, mungkin ada akibatnya," katanya, menurut Healthline.

Walaupun mandi air suam adalah antara cara yang baik untuk menjaga kesihatan badan, mengambil masa berlebihan tidak digalakkan kerana ia boleh mengeringkan kulit.

"Tujuan mandi adalah untuk melembab dan membersihkan kulit, tetapi mandi air suam atau panas jangka masa panjang boleh menghilangkan minyak semulajadi kulit, membuka liang-liang roma kita, dan membenarkan air mengalir keluar, " kata Cummingska.

Untuk mengekalkan kelembapan, dia juga menyarankan memakai pelembap pada sebaik sahaja selepas mandi, kerana ia boleh mengekalkan kelembapan kulit.

Walaupun tidak digalakkan mandi terlalu lama, mandi terlalu singkat juga tidak digalakkan, kerana badan mungkin tidak cukup bersih.

Kaminska menjelaskan bahawa kita mempunyai bakteria dan organisma biasa hidup di dalam kulit, yang boleh melindungi kulit daripada bahaya atau kerosakan.

mandi lama 3

Kulit memerlukan air namun tidak bermakna perlu mandi lama kerana boleh menyebabkan kesihatannya terjejas.

Jika keseimbangan pada kulit terjejas, keadaan ini meningkatkan risiko jangkitan kulit.

"Belum lagi nampak risiko badan berbau jika kerap mandi terlalu singkat."

Air panas, air suam atau air sejuk semuanya bagus tetapi jika anda tidak pasti suhu mana yang terbaik untuk anda, sila mandi dengan air sejuk atau air suam.

Menurut American Academy of Dermatology, air suam juga lebih baik untuk penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema berbanding air panas.

Mandi air sejuk juga mempunyai beberapa faedah, seperti mengurangkan sakit otot, menenangkan kulit yang teriritasi atau gatal, dan membantu kita bangun pada waktu pagi.

Mandi air panas juga bermanfaat, iaitu membantu melegakan simptom selsema atau batuk dengan membuka saluran pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain