suria

Jaga makan tapi masih tak kurus... Ini 5 punca diet anda gagal!

Terdapat pelbagai punca diet seseorang itu gagal.

MENURUNKAN berat badan sebenarnya dapat dilakukan dengan pelbagai cara termasuk diet yang sesuai dengan keperlukan individu.

Ini termasuk menghindari makanan diproses atau mengandungi gula yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mandi ais boleh legakan sakit otot... penggemar aktiviti outdoor jom cuba!

Pun begitu, ada juga beberapa perkara lain yang tanpa disedari sering dilakukan dan menyebabkan proses menurunkan berat badan semakin sukar meskipun bersenam dan mengamalkan diet.

Berikut adalah beberapa punca mengapa badan tidak juga kurus.

Protien

1. Tidak mengambil protein

Pelatih kecergasan Anthony Coffey menjelaskan 90 peratus kliennya gagal menurunkan berat badan disebabkan tidak mengambil protein dalam diet terutamanya ketika bersarapan.

Jelas Anthony, pengambilan protein yang cukup terutamanya pada waktu pagi sangat penting kerana ia mampu membantu membakar kalori sepanjang hari.

Pengambilan protein juga mengurangkan keinginan untuk makan, mengawal tekanan serta meningkatkan mood seseorang dan ia membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Friends enjoying barbecue on urban rooftop

2. Makan kerana lapar

Perkara terburuk yang dilakukan ketika diet adalah makan ketika lapar dan itu langsung tidak membantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan.

Ia boleh membuatkan seseorang makan secara berlebihan kerana dikuasai rasa lapar.

Anthony berkata, sebaik-baiknya, makan ikut jadual bagi memastikan tidak berterusan rasa lapar selain memilih makanan seimbang dan sihat.

Makan malam

3. Makan lewat malam

Makan lewat malam adalah punca diet seseorang menemui jalan kegagalan!

Anthony memberitahu dia sentiasa menasihatkan kliennya agar makan dalam kuantiti lebih besar pada waktu siang termasuk pengambilan sup dan salad agar rasa kenyang bertahan lebih lama pada waktu malam.

Waktu tidur juga perlu dijaga kerana kekurangan tidur boleh membantutkan proses penurunan berat badan yang sedang diusahakan.

Bergas

4. Minuman bergas

Anthony berkata tabiat suka minum air bergas boleh membuatkan usaha berdiet menjadi sia-sia. Ramai beranggapan air berkarbonat dapat membantu memberi tenaga tetapi sebenarnya kandungan gulanya sangat tinggi.

5. Banyak alasan!

1,001 alasan! Itu adalah sikap yang membuatkan semua usaha untuk mendapatkan berat badan ideal musnah begitu sahaja.

Mencipta pelbagai alasan akan membuatkan seseorang tidak bermotivasi selain tiada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri meskipun sedar sedang berada dalam bahaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

diet, punca diet gagal, bersenam, mode

Artikel Lain