suria

Miliki kawan introvert? 5 perkara ini boleh bantu fahami personaliti rakan anda

Mereka lebih cenderung berdiam diri daripada berkongsi apa yang dirasakan dengan orang lain.

BERBEZA dengan ekstrovert, yang sering digambarkan sebagai 'people magnets', introvert cenderung bersifat pemalu dan pendiam.

Ini boleh menjadikan mereka lebih sukar untuk difahami, didekati dan mahupun untuk dijadikan sebagai kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga makan tapi masih tak kurus... Ini 5 punca diet anda gagal!

Jika anda memerlukan bantuan untuk memahami dan berurusan dengan rakan introvert di tempat kerja, di sekolah atau dalam kalangan kawan anda, teruskan baca tip di bawah!

Ia termasuk petua dan strategi untuk berkawan dengan seorang introvert sekali gus membantu anda lebih memahami orang yang mempunyai ciri personaliti sedemikian.

Berkawan dengan seorang introvert

Berkawan dengan seorang introvert mungkin mengambil sedikit masa dan memerlukan usaha berbanding seorang ekstrovert, tetapi pada akhirnya, ia mungkin menjadikan hubungan itu lebih baik.

Berada dalam lingkungan kecil dunia introvert bermakna anda telah mendapat tempat istimewa dalam hidup mereka.

Terdapat beberapa petua untuk menjalin dan mengekalkan persahabatan dengan kawan yang introvert.

introvert

1. Hormati ruang dan masa peribadi

Introvert sangat menghargai ruang peribadi dan privasi mereka, oleh itu adalah penting untuk menghormati masa mereka.

Jadi kalau anda datang ke rumah mereka atau membawa tetamu secara mengejut bersama tanpa memberitahunya terlebih dahulu, bersedia untuk terima 'rejection'.

Introvert memerlukan masa sebelum dan selepas bersosial untuk mereka buat persediaan dan menghadam situasi tersebut.

Ini bermakna anda harus mengelak daripada membuat sebarang lawatan mengejut atau mengadakan sebarang pesta kejutan untuk mereka.

.

2. Jangan ambil sikap diam mereka secara peribadi

Introvert menghabiskan banyak masa dalam dunia pemikiran dan perasaan dalaman mereka sendiri dan mungkin lebih diam apabila berada dalam khalayak ramai.

Ini boleh menyebabkan mereka disalah ertikan oleh orang lain, yang mungkin tersinggung dengan personaliti mereka.

Daripada bertanya, "kenapa awak senyap?" atau andaikan mereka kecewa atau terasa hati, cuba andaikan kawan anda yang introvert itu secara semula jadi pendiam.

Berdiam diri adalah perkara biasa bagi mereka dan tidak bermakna mereka tidak mendengar atau tidak suka anda.

introvert 4

3. Ajak mereka melepak 1:1

Introvert cenderung berasa kurang gemar apabila mereka berinteraksi dengan orang secara berhadapan atau dalam kumpulan kecil apatah lagi besar.

Pertimbangkan untuk melepak dalam suasana yang tenang, seperti di kafe yang tidak sesak atau di taman yang kurang manusia.

.

4. Fahami sebab kenapa mereka menolak jemputan

Apabila seseorang yang introvert berasa tertekan dalam situasi sosial, mereka mungkin keluar awal, menolak jemputan, atau malah menarik diri daripada rancangan sedia ada yang telah rancang.

Walaupun ini boleh buatkan kita terasa secara peribadi, ia lebih berkemungkinan menjadi tanda bahawa mereka berasa gementar, tak ada mood atau hanya memerlukan masa bersendirian.

Kalau plan dengan mereka tidak menjadi, tidak mengapa.

Cuba untuk tidak mengambil hal tersebut secara peribadi apabila ini berlaku, kerana mereka mungkin hanya mengambil ruang masa peribadi yang diperlukan.

Two happy female friends whispering and laughing

5. Jadikan mereka seorang yang lebih terbuka dengan anda

Introvert boleh menjadi pendiam dan selalunya memerlukan seseorang yang lebih ekstrovert untuk menarik mereka keluar dengan bertanya soalan atau memulakan perbualan.

Mereka mungkin tidak akan bersuara melainkan disuruh, membuka peluang kepada perbualan boleh membantu menguatkan persahabatan anda.

Tidak salah kalau kita tanya dan beritahu dulu sebelum kita nak mula berbincang topik berat untuk berikan masa untuk dia bersedia sebab ada introvert yang tidak selesa.

Selalunya lebih baik untuk memulakan dengan topik yang lebih ringan dan menyelesaikan topik lebih mendalam atau lebih peribadi.

introvert 2

Sebenarnya ada banyak lagi teknik dan tip penting apabila berurusan dengan orang introvert.

Penting untuk kita belajar mengenai keperibadian mereka sebab tidak semua intorvert sesuai dengan hanya satu teknik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain