ORANG dewasa yang tidur sembilan jam atau lebih pada waktu malam dan tidur lama pada waktu siang adalah 85 peratus lebih berkemungkinan diserang strok berbanding orang yang tidur dalam tempoh normal mahupun sederhana, demikian menurut satu kajian. Penyelidik, termasuk mereka dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di China telah menjalankan kaji selidik melibatkan 31,750 orang di China dengan purata umur 62 tahun untuk tempoh enam tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Fakta... Pasangan kurang kacak antara faktor wanita lebih bahagia! Pada peringkat awal, kumpulan terlibat tidak mempunyai sebarang sejarah strok atau masalah kesihatan utama lain, bagaimanapun sepanjang tempoh penyelidikan, mereka mencatatkan 1,557 kes strok. Bagi individu yang menderita hipersomnia, tidur secara berlebihan ini adalah melibatkan masalah kesihatan. Kaji selidik itu menggariskan soalan tentang tabiat tidur peserta termasuk pada waktu siang, dan kualiti rehat mereka. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyatakan lapan peratus individu akan tidur tengah hari selama lebih daripada 90 minit, dan 24 peratus peserta mengatakan mereka tidur sembilan jam atau lebih setiap malam. Hasil kajian mendedahkan bahawa orang yang tidur sembilan jam atau lebih setiap malam adalah 23 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang angin ahmar, berbanding orang yang tidur kurang lapan jam setiap malam. Menurut penyelidik, orang yang tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, atau antara lapan dan kurang sembilan jam setiap malam, tidak lebih berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur dari tujuh hingga kurang lapan jam setiap malam. Terdapat juga individu tidur dalam tempoh lebih lama hanya kerana mereka memang mahu melakukannya. Kajian itu turut mendapati faktor lain yang boleh menjejaskan risiko strok seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan merokok. Penyelidikan juga mendedahkan orang yang mempunyai kualiti tidur yang kurang baik adalah 29 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang strok berbanding orang yang mengatakan mereka mempunyai tidur yang lena. "Keputusan ini membuktikan kepentingan tidur siang yang sederhana dan tempoh tidur serta mengekalkan kualiti tidur yang baik, terutamanya pada orang dewasa pertengahan umur dan lebih tua," kata pengarang bersama kajian Xiaomin Zhang dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong. Antara sebab lain tidur berlebihan termasuklah penggunaan seperti alkohol dan beberapa ubat preskripsi. Zhang menekankan bahawa kajian itu tidak membuktikan hubungan antara tidur siang yang lama, tidur dan strok, tetapi hanya menunjukkan kaitannya. Malahan, para penyelidik juga mengakui kajian itu datang dengan beberapa batasan juga. Antaranya ialah maklumat tentang tidur dan tidur siang diambil daripada soal selidik, bukan daripada rakaman tidur sebenar. Kajian itu juga menyatakan bahawa data mengenai gangguan tidur seperti berdengkur ketika tidur tidak dikumpul. Kajian itu melibatkan individu dewasa Cina yang lebih tua dan sihat, jadi hasilnya mungkin tidak terpakai kepada kumpulan lain, kata para penyelidik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI