GIGI yang kekuningan membuatkan kita berasa kurang yakin untuk tampil di khalayak. Rawatan pemutihan pula agak mahal kerana melibatkan beberapa proses termasuk pelunturan gigi untuk menjadikannya lebih putih. Apa kata anda lakukannya secara semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur sahaja. Ini cara mudah yang dikongsikan Genz Tailor di laman X. Bagaimanapun, anda yang mengalami gigi sensitif tidak digalakkan untuk mencuba dan dapatkan nasihat doktor. Ramai yang lakukan rawatan pemutihan gigi untuk tampil yakin. Bahan-bahan: 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil soda bikarbornat 2 sudu kecil air Cara melakukannya: 1. Campurkan serbuk kunyit dan soda bikarbonat bersama air. 2. Gaul sekata supaya menjadi seperti pes. 3. Letakkan pada berus dan gosok gigi seperti biasa selama dua minit. 4. Kemudian kumur dan bersihkan mulut. Tip: Untuk lebih berkesan, lakukan dua atau tiga kali seminggu. Kunyit boleh mengurangkan kotoran dan keradangan, manakala soda bikarbonat membantu membersihkan karang gigi serta kotoran pada permukaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube