suria

Macam tak percaya masalah rambut gugur, kulit kepala gatal boleh selesai... Tapi kena tambah satu bahan ini pada syampu

Rambut merupakan mahkota bagi setiap insan. -Gambar hiasan

MASALAH rambut gugur, kelemumur atau kulit kepala yang gatal boleh mengganggu kehidupan harian.

Untuk mengatasinya, terdapat pelbagai produk ditawarkan dalam pasaran namun bukan semua serasi dengan setiap individu.

Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Shakila Rahim berkongsi petua orang terdahulu untuk isu ini, dikatakan mesra dengan kebanyakan kulit kepala.

Menurutnya, anda hanya memerlukan satu barangan di dapur bagi mencuba petua ini, ayuh kita lihat!

Bahan-bahan:

1) Garam putih

Proses mencuci rambut yang cukup mudah.

Langkah-langkah:

1) Tuangkan syampu ke atas telapak tangan mengikut kesesuaian.

2) Taburkan beberapa cubit garam ke atas syampu, pastikan ia berpadanan dengan kuantiti syampu yang dituang.

3) Sebatikan dengan menggosok kedua-dua belah telapak tangan.

4) Boleh mula syampu rambut sepeti biasa.

Sebagai peringatan, syampu akan menjadi kurang berbuih apabila dicampur dengan garam, oleh itu jangan pula ditambah syampu berkali-kali.

Cara yang lain adalah membasuh rambut dengan air garam sebelum menggunakan syampu, mana-mana teknik akan membawa keberkesanan yang sama.

Sedikit fakta mengenai garam, ia mempunyai sifat antibakteria yang boleh membunuh kuman pada kulit kepala sekali gus menghapuskan kelemumur dan menyegarkan rambut.

Selain itu, reaksi antara garam dengan kulit kepala akan membantu menutup liang pori, bermakna ia boleh mengurangkan keguguran rambut.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain