MINYAK wangi kebiasaannya dicalit atau disembur pada pakaian ketika memulakan hari supaya kita lebih disenangi orang sekeliling dalam menjalani urusan harian. Namun ramai juga yang hanya menyembur secara semberono, menyebabkan wangian tidak dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. Melalui satu ciapan di laman X oleh Atie, dia berkongsi bahagian badan yang disarankan untuk disembur wangian supaya lebih berkesan. "Apabila kita sembur wangian dekat sini, automatik bau wangi itu akan melekat pada badan kita dengan lebih lama. "Kawasan ini mempunyai haba tinggi berbanding bahagian tubuh yang lain, jadi bahan kimia dalam wangian itu akan dirembeskan secara perlahan-lahan, sebab itu ia boleh bertahan lama," ujarnya. Untuk makluman, bahagian badan ini berbeza antara lelaki dan wanita, ayuh kita lihat! Lelaki lebih maskulin dengan bau-bauan yang harum. -Gambar hiasan Berikut merupakan bahagian tubuh lelaki yang digalakkan untuk disembur wangian:- 1) Bahagian bawah rahang 2) Leher 3) Bahu 4) Dada 5) Bahagian dalam siku 6) Lengan 7) Pergelangan tangan Aspek penampilan diri harus diberikan perhatian untuk seorang wanita. -Gambar hiasan Berikut merupakan bahagian tubuh wanita yang digalakkan untuk disembur wangian:- 1) Belakang telinga 2) Leher 3) Bahu 4) Dada 5) Bahagian dalam siku 6) Bahagian tengah perut 7) Pergelangan tangan 8) Bahagian belakang lutut 9) Betis 10) Buku lali Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Atie Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube