suria

Pakai sunscreen atau serum dulu? Ini ‘step by step’ guna produk penjagaan kulit wajah, barulah positif kesannya

Ramai yang masih keliru urutan penggunaan serum dan sunscreen. -Foto Freepik (kanan)

TIDAK kira lelaki mahupun wanita, rutin penjagaan wajah sangat penting kerana ia membantu memelihara kesihatan kulit dan memastikannya sentiasa bersih dan segar.

Sebaik-baiknya, penjagaan wajah perlu dilakukan mengikut rutin dan betul caranya supaya dapat memberikan hasil yang lebih positif dan optimum.

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita sedikit keliru tentang urutan rutin yang betul dalam menggunakan produk penjagaan diri, sebagai contoh, urutan penggunaan serum dengan sunscreen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki, wanita berbeza cara pakai perfume... 'Auto' melekat jika sembur di bahagian betul, seharian harum semerbak

Memetik kenyataan seorang ahli dermatologi, Dr Heidi B Prather dalam E!News, susunan pemakaian skincare bermula dari tekstur yang ringan hingga 'berat'.

Kali ini mStar kongsikan urutan rutin penjagaan wajah yang betul sebagaimana perkongsian dari laman Healthline:

1) Sabun pencuci muka

Rutin basic untuk membuang kotoran dan sisa yang terkumpul pada kulit wajah.

Beauty cosmetic skincare products in white bathroom, set of jars, droppers and bottles. Spa, daily natural skin care routine concept.

Rutin penjagaan wajah perlu dilakukan dengan betul untuk mendapatkan kesan yang optimum. -Gambar hiasan

2) Toner

Toner berfungsi untuk menghidrat dan menanggalkan sel kulit mati, serta kotoran yang tertinggal selepas dibersihkan.

3) Serum

Lazimnya serum mempunyai bahan seperti asid hyaluronik atau niacinamide yang berfungsi untuk meningkatkan kesihatan dan menyasarkan masalah kulit, seperti penuaan atau kekeringan.

Serum berasaskan antioksida juga boleh digunakan, fungsinya melindungi kulit daripada kerosakan terutama akibat radikal bebas. Biasanya serum ini akan mengandungi vitamin C dan E yang juga berguna untuk memperbaiki tekstur dan keanjalan kulit.

ss2

Pilih pelembap yang betul mengikut jenis keadaan kulit masing-masing. -Gambar hiasan

4) Pelembap

Pelembap digunakan untuk melembutkan dan menenangkan kulit.

Untuk kulit kering, biasanya pelembap jenis krim akan membantu melembapkannya dengan lebih banyak. Sementara itu, krim yang lebih ringan sesuai untuk kulit normal. Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda harus menggunakan krim pelembap yang lebih cair atau dalam bentuk gel.

5) Sunscreen

Sangat penting untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit.

Selain itu, ia berfungsi mengurangkan risiko kanser kulit, mencegah tona kulit tidak sekata, mencegah sunburn dan mencegah penuaan kulit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain