suria

Asyik fikir nampak gemuk, ramai terlupa pakaian putih sebenarnya ada banyak kelebihan lain

Pemilihan warna putih membuatkan pemakainya kelihatan elegan. -Gambar hiasan/The Star

TIDAK dinafikan kebanyakan wanita mengelak untuk mengenakan pakaian serba putih atas pelbagai faktor.

Antara sebab utama adalah kerana kurang mempunyai keyakinan terutama bagi mereka yang berbadan besar, bimbang pakaian kelihatan jarang dan tidak mahu tanda kotoran kelihatan ketara.

Namun tahukah anda, pakaian berwarna putih sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan?

ARTIKEL BERKAITAN: Baju putih disimpan lama jadi kuning... Rupanya ada cara mudah nak hilangkan, guna 5 bahan je!

Selain kelihatan bersih dan suci, pemilihan warna serba putih memainkan peranan penting dalam menyerlahkan penampilan seseorang sebagaimana perkongsian seorang perunding imej terkenal, Wawa Idris.

Kelebihan memakai baju putih:

1) Memberi aura elegan dan bersih

Putih merupakan warna eksklusif dan sangat sesuai jika digayakan ke majlis tertentu mahupun acara santai.

putih 1

Dress putih dengan rekaan minimalis. -Gambar hiasan

2) Minimalis dan rapi

Pakaian putih membuatkan seseorang kelihatan lebih rapi dan organize, sekali gus memberikan kesan positif kepada pemakainya.

3) Mudah mix & match

Sebagai contoh, pemilihan tudung, akseseori, kasut mahupun beg tangan. Kan lebih mudah dan tak perlu membuang masa memadankan aksesori tertentu.

shopping at fashion store

Pemilihan warna pakaian penting kerana ia memberikan impak kepada penampilan. -Gambar hiasan

4) Ilusi lebih tinggi

Pakaian berwarna putih mampu mencipta kesan tubuh yang lebih ramping, namun ia juga bergantung pada rekaan dan potongan pakaian tersebut.

5) Timeless

Warna yang tidak ada musim atau trend. Ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain