AIDILFITRI tinggal beberapa bulan saja lagi. Mesti ramai yang dah mula survey dan rancang nak beli baju raya seawal mungkin. Tapi pernah atau tidak berdepan situasi baju yang dibeli dirasakan tak sesuai dengan warna kulit hingga muka nampak kusam. Punca kepada situasi ini adalah kerana warna tersebut mungkin bukan dalam palet warna anda. Apa Itu 'color palette'? Color palette merujuk kepada rangkaian warna yang sesuai dengan ciri semula jadi anda, seperti undertone, depth, dan chroma kulit. Memahami ketiga-tiga aspek ini adalah kunci untuk memilih warna pakaian yang menyerlahkan penampilan anda. Menerusi akaun TikTok @fionna, terdapat beberapa tip menarik untuk memilih warna baju yang sesuai dengan warna kulit. Jom kita belajar. Warna aksesori seperti emas atau perak juga lebih mudah dipilih berdasarkan undertone, menjadikan keseluruhan gaya lebih elegan. -Gambar hiasan 1. Kenali 'undertone' anda Undertone adalah warna asas kulit yang kekal sama walaupun kulit anda cerah atau gelap. Terdapat tiga jenis undertone: * Cool Undertone - Urat darah kelihatan kebiruan atau keunguan. - Kulit cenderung sesuai dengan warna-warna sejuk seperti biru, ungu, dan perak. * Neutral Undertone - Urat darah kelihatan kehijauan atau campuran biru dan hijau. - Kulit ini sesuai dengan hampir semua warna, sama ada sejuk atau hangat. * Warm Undertone - Urat darah kelihatan kehijauan sepenuhnya. - Kulit sesuai dengan warna-warna hangat seperti kuning, oren, dan emas. Cara menentukan undertone Paper test: - Ambil gambar selfie dengan kertas putih kosong di sebelah muka anda. - Jika kulit kelihatan kekuningan, anda mempunyai warm undertone. - Jika kebiruan, cool undertone. - Jika tidak berubah, neutral undertone. Jewelry Test: - Cuba perhiasan emas dan perak. - Jika kulit lebih menyerlah dengan emas, anda mempunyai warm undertone. - Jika perak lebih sesuai, anda mempunyai cool undertone. - Jika kedua-duanya nampak bagus, anda mempunyai neutral undertone. Dengan mengetahui undertone, anda dapat memilih warna foundation dan gincu yang sesuai. -Gambar hiasan 2. Fahami 'depth' kulit anda Depth merujuk kepada tahap kecerahan atau kegelapan kulit anda. Cara menilai depth: Sunting selfie anda menjadi hitam putih. Perhatikan sama ada kulit anda kelihatan: - Light: Dominan putih dan cerah. - Medium: Antara cerah dan gelap. - Deep: Gelap atau dominan hitam. Memahami depth membantu anda memilih warna pakaian yang tidak 'tenggelam' atau terlalu kontra dengan kulit anda. 3. Fahami 'chroma' Chroma menggambarkan intensiti warna kulit sama ada kulit anda lebih pucat atau lebih berwarna. Cara menilai chroma: Lihat selfie anda tanpa memakai makeup di bawah cahaya semula jadi. Kulit yang lebih pucat memerlukan warna lembut, manakala kulit yang berwarna terang sesuai dengan warna lebih bold. Mengelakkan pembaziran membeli pakaian dengan warna yang tidak sesuai dengan kulit. -Gambar hiasan 4. Tentukan color palette anda Akhir sekali, gabungkan maklumat tentang undertone, depth, dan chroma untuk menentukan color palette terbaik. Contoh: - Cool Undertone, Light Depth, Low Chroma: Sesuai dengan pastel lembut seperti baby blue, lavender, atau dusty pink. - Warm Undertone, Deep Depth, High Chroma: Serlahkan kulit dengan warna tanah seperti mustard, emerald green, atau maroon. Jika ada bajet lebih, anda boleh lakukan analisis warna secara profesional untuk hasil yang lebih tepat. Dengan memahami palet warna sendiri, anda bukan saja boleh memilih baju yang lebih sesuai tetapi juga meningkatkan keyakinan diri. Jadi, sebelum beli baju raya nanti, pastikan tahu undertone, depth, dan chroma kulit anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube