suria

Ibarat hutang sampai kiamat, pembeli rumah lega jumpa rahsia kurangkan loan - “Ada pekerja bank datang bisik”

Pembeli harus bersedia dengan komitmen kewangan sekiranya berhasrat memiliki rumah idaman. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah rumah pada tahun 2007 tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan hidupnya kucar-kacir dengan hutang yang tidak berkesudahan.

Menurut pengadu, dia menyesal kerana tidak berfikir panjang sebelum membeli sebuah rumah di Taman Dagang, Ampang sehingga hutang pinjaman itu menjadi beban buat dirinya.

"Punyalah seronok dapat pinjaman tu, sampai cerita kat semua orang. Kononnya ini satu kejayaan.

"Waktu tu, memang tak baca apa-apa agreement dan terus sign tanpa banyak soal. Agreement tu tebal dan tak ada siapa akan baca," ujarnya.

Dia membeli rumah itu pada harga RM280,000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM1,800 sebulan.

Namun dia mendakwa, pihak bank menaikkan kadar faedah tanpa pengetahuannya selepas terlepas membayar ansuran selama beberapa bulan.

A money bag and a wooden house on the scales. The concept of real estate purchase. Sale of property. Payment of the mortgage. Redemption of taxes. Tax refund. Legacy / Inheritance tax concept

Baca segala perjanjian sebelum anda menandatangani sebarang pinjaman bank. -Gambar hiasan

Selepas berbincang dengan pihak bank, dia dimaklumkan kadar ansuran bulanan diturunkan kepada RM1,600, sekali gus memberi kelegaan buatnya.

"Satu hari bank call dan beritahu mereka berbesar hari nak offer untuk turunkan bayaran bulanan untuk memudahkan saya bayar. Saya terharu dan happy sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar kongsi teknik menabung untuk individu gaji RM3,000! Boleh puaskan nafsu berbelanja, akaun saving kekal ‘cantik’

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 4 tahun boleh kahwin... Ini cara kumpul RM30k buat belanja hantaran atau kenduri, syaratnya kena ada pasangan

"Terhutang budi sangat dengan bank yang berhati mulia ni. Mereka offer untuk turunkan installment kepada RM1,600. Saya pun setuju la.

"Saya bayar setiap bulan RM1,600 selama tiga ke empat tahun lamanya," cerita pengadu lagi.

Selepas empat tahun berlalu, dia mengakui terkejut melihat penyata tahunan bank yang mana hutangnya langsung tidak berkurangan kerana hanya membayar faedah atas baki hutang sahaja.

Tidak tahan dengan bebanan kewangan itu, dia akhirnya pergi ke bank berkenaan sebelum berjumpa dengan seorang pegawai yang memberi idea untuk mengurangkan jumlah pinjamannya.

"Saya tanya satu soalan dekat pegawai bank itu. Kalau saya bayar loan ini sampai kiamat sekali pun, hutang ni tak akan selesai, malah hutang akan bertambah.

"Akhirnya seorang pegawai wanita Cina datang cakap baik-baik dengan saya. Dia kata ini satu 'perangkap' dan saya kena cari jalan untuk bayar principal ammount. Amoi ini berbisik kepada saya.

"Apa saya buat, mulai hari itu saya masukkan semua pendapatan saya untuk bayar principal ammount. Ini satu lagi 'perangkap', kalau kita transfer saja. Bank tak akan potong principal. Dia akan simpan duit tu sebagai installment masa depan.

"Jadi memang setiap kali ada duit, kena pergi kaunter dan cakap nak bayar principal ammount. Sejak dari itu, memahami perangkap bank dan hutang ni. Saya beli semua benda lain hanya secara cash," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain