suria

Betul ke sinkhole beri impak terhadap pasaran hartanah di KL? Ini 8 perkara anda perlu tahu

Kejadian tanah jerlus boleh memberi kesan terhadap pasaran hartanah di ibu negara.

KEJADIAN tanah jerlus atau 'sinkhole' di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu ternyata menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk ibu kota.

Terdapat kumpulan individu berpendapat Kuala Lumpur sudah tidak lagi selamat untuk didiami kerana ia berisiko berdepan kejadian sama pada masa depan.

Susulan kejadian itu, topik mengenai pasaran hartanah di Kuala Lumpur turut menjadi bualan ramai.

Menurut pakar kewangan dan motivator, Dr Azizul Azli Ahmad, kewujudan sinkhole boleh memberi impak yang signifikan kepada pasaran hartanah di kawasan terlibat.

Malah, sinkhole boleh menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran hartanah di kawasan terjejas dan seterusnya mempengaruhi keyakinan pelabur serta pembeli hartanah di Kuala Lumpur.

Kesan-kesannya termasuklah:

1. Penurunan Nilai Hartanah

Kawasan yang terjejas oleh sinkhole boleh mengalami penurunan nilai hartanah. Pembeli mungkin kurang berminat untuk membeli rumah atau bangunan di kawasan yang dianggap berisiko.

2. Penangguhan atau Pembatalan Projek

Pembangunan hartanah baharu di kawasan yang terjejas mungkin ditangguhkan atau dibatalkan. Pemaju mungkin lebih berhati-hati dan memilih untuk tidak melabur di kawasan tersebut.

3. Peningkatan Kos Insurans

Pemilik hartanah mungkin menghadapi peningkatan kos insurans kerana risiko tambahan yang dikaitkan dengan sinkhole.

Firefighter had seen clean themselves after exiting a manhole chamber to avoid the risks associated with hazardous gases and other potential dangers. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Ada yang berpendapat Kuala Lumpur sudah tidak selamat untuk didiami.

4. Penurunan Permintaan

Pembeli hartanah mungkin lebih cenderung untuk mengelakkan kawasan tersebut, menyebabkan penurunan permintaan dan penurunan harga jualan.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 kawasan berisiko sinkhole berdasarkan kajian... Kampung Baru, Ampang dan Bukit Jalil turut tersenarai

5. Kebimbangan Keselamatan

Isu keselamatan mungkin menjadi keutamaan, dengan penduduk atau bakal pembeli bimbang akan keselamatan jika mereka tinggal atau melabur di kawasan yang terjejas.

6. Perubahan Demografi

Kawasan yang dahulunya padat mungkin akan berkurangan. Orang mula mencari kawasan-kawasan yang rendah risiko sinkhole.

7. Kos Pembinaan Meningkat

Bahan binaan, kepakaran dan kos pembangunan akan meningkat jika kawasan itu ada risiko sinkhole. Pembeli akan tanggung kos akhir ini semua nanti.

8. Lebihan Penawaran

Jika terdapat lebihan penawaran hartanah berbanding permintaan, ini boleh menyebabkan penurunan harga dan menjejaskan pelaburan. Siapa berani beli kawasan berisiko ada sinkhole di bawah rumahnya?

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain