TANPA kita sedari, banyak sebenarnya wang yang dibelanjakan untuk keluar bekerja. Selain kos petrol dan tambang pengangkutan awam, kos perbelanjaan untuk makan dan minuman juga perlu diambil kira. Malah jika dihitung, kos untuk makan di tempat kerja mungkin boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Berikut kami kongsikan tiga tip untuk menjimatkan duit belanja makan ketika bekerja. Tip ini dikongsi oleh seorang individu dikenali sebagai Nazrin Mohd Yunus menerusi aplikasi TiKTok. 1. Bekal Yang pertama bawa bekal ke tempat kerja. Tak semestinya kena ada makanan yang fancy. Lebihan makanan semalam pun boleh dibuat bekal. Janji kita makan. Selain kos makan, pekerja juga terpaksa berbelanja untuk petrol dan macam-macam lagi. -Gambar hiasan Kalau sehari belanja makan RM10, kita dah jimat RM10 dengan membawa bekal. Sebulan misalnya kerja 20 hari, jadi kita dapat simpan RM200 sebulan. 2. Bawa duit secukupnya Yang kedua, sebelum pergi kerja pastikan duit di dalam dompet ada cukup-cukup untuk belanja harian. Jangan lebih. Ini untuk elakkan terlebih berbelanja daripada limit belanja harian kita. Kalau set belanja RM15 sehari, dalam dompet kena ada RM15 sahaja. 3. Elak keluar makan Yang ketiga, ini yang paling susah nak buat iaitu belajar untuk menolak jika kawan-kawan ajak makan dekat luar. Biarlah mereka nak kata kita ketinggalan zaman atau kedekut. Kita yang bertanggungjawab atas kewangan kita sendiri. Makan kat luar ni sebenarnya mahal. Ini belum kira ada kawan yang jenis selalu minta orang belanja makan lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube