suria

Buat bisnes affiliate tapi 'income' tak kencang! Rupanya salah strategi, kalau teknik tepat mudah raih 5 angka sebulan

Jana pendapatan melalui affiliate lebih mudah dengan teknik yang betul.

DALAM dunia pemasaran 'affiliate' (jadi ejen), mencapai pendapatan lima angka sebulan mungkin kelihatan seperti angan-angan Mat Jenin.

Tetapi dengan strategi dan pendekatan yang betul, keinginan anda boleh menjadi kenyataan sebagaimana dikongsikan usahawan Izzad Saad yang banyak berkongsi tip berniaga online dan dalam masa sama turut menjalankan bisnes 'affiliate'.

Menurutnya dalam satu hantaran di Facebook, terdapat rahsia untuk mencapai jualan lima angka sebulan yang dipelajari daripada 'top affiliate' yang sudah menjana RM300,000 sebulan.

Dengan cuba mengikuti teknik yang dikatakan terbukti berkesan ini, siapa sangka anda juga boleh meningkatkan pendapatan secara drastik dan memuaskan.

Ramai yang sudah mula menjana pendapatan lumayan melalui affiliate.

1. Minta sampel percuma

Langkah pertama yang paling penting adalah dengan meminta sampel percuma daripada mana-mana penjual yang anda mahu review produknya.

2. Buat video reviu

Rakaman video ulasan mengenai produk berdurasi bawah 60 saat. Sekitar 30 hingga 40 saat pun sudah memadai. Yang penting, jangan lebih satu minit.

3. Komitmen penuh

Berikan sepenuhnya komitmen dan usaha dalam pembikinan video tersebut.

Pastikan video berkualiti, struktur yang kuat, dan kandungan yang boleh menukar penonton menjadi pembeli.

4. Kongsi video

Setelah siap, muat naik video tersebut di akaun anda dan pastikan untuk meletakkan pautan produk yang anda reviu.

5. Berikan ads code (kod iklan)

Ini adalah 'tips mahal'. Salin kod iklan video dan berikan terus kepada penjual.

Tidak perlu tunggu peniaga minta. Anda boleh hantar melalui aplikasi WhatsApp atau mesej. Contoh ayat:

"Hi seller. Saya telah membuat video review untuk produk _. Berikut adalah pautan video (sertakan pautan). Saya sertakan sekali kod iklan untuk kegunaan pihak tuan atau puan di masa akan datang. (sertakan kod iklan). Semoga kita dapat terus bekerjasama pada masa akan datang. Terima kasih."

Dalam pada itu, Izzat turut memberikan empat pesanan yang perlu diambil perhatian berdasarkan teknik diajarkan di atas.

1. Buat video

Anda boleh menghasilkan banyak video untuk satu produk. Cuba variasikan gaya dan jangan lupa untuk memberikan kod iklan setiap kali video siap dihasilkan.

2. Tidak semua HQ (headquarter) jalankan iklan

Ada HQ yang mungkin tidak menjalankan iklan pada video affiliate. Jangan risau, banyak lagi produk dan HQ lain di TikTok.

3. Kualiti video adalah penting

Tidak semua video akan mendapat sokongan iklan. HQ hanya akan memilih video yang berkualiti dan berpotensi tinggi. Rujuk semula tip nombor 3.

4. Potensi jualan tinggi

Jangan terkejut jika satu video sahaja boleh menjana jualan lebih dari RM50,000, terima kasih kepada sokongan iklan dari HQ.

Kata Izzad, gunakan tip ini dengan bijak dan tingkatkan peluang anda untuk mencapai kejayaan dalam 'dunia' affiliate!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain