suria

Pemilik kafe kongsi formula urus modal pusingan, sesuai jika nak mula berniaga kecil-kecilan - “Hari ada sales, simpan cash”

Peniaga bisnes kecil-kecilan tetap perlu mempelajari bab pengurusan kewangan. -Gambar hiasan

DALAM zaman yang kian mencabar kini, semakin ramai individu memilih untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan demi menyara keluarga ataupun sebagai sumber pendapatan tambahan.

Biarpun hanya perniagaan kecil-kecilan, namun tidak bermakna ia perkara mudah atau sekadar diuruskan secara sambil lewa.

Dalam satu hantaran di Facebook, pengasas dan pemilik restoran nasrCafè, Mohd Nassru Abdul Latiff berkongsi tip asas bagaimana menguruskan kewangan, khusus bagi mereka yang mahu memulakan bisnes kecil-kecilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara realistik simpan dana kecemasan, cuma boleh sentuh untuk 3 situasi! Gaji kecil, besar semua orang boleh buat

"Sebagai contoh, penjual burger. Andaikan bila nak mula berniaga, dah beli barang-barang modal seperti roti, sos, mayonis, sayur, dan lain-lain.

"Kena ada dengan modal pusingan, contoh mudah, RM150. Duit untuk rolling. Jangan kacau. Duit ni tak boleh sentuh untuk benda lain," kongsinya.

myr 2

Mohd Nassru banyak berkongsi tip kewangan dan bisnes di laman Facebook. -Foto FB Mohd Nassru

Mohd Nassru turut membuat formula contoh pengiraan mudah untuk tiga hari pertama bagi perniagaan tersebut sebagai panduan.

Berikut adalah contoh pengiraan:

Hari pertama

Contoh untung jualan: RM50 (Wajib simpan dalam bank dan jangan sentuh)

- Cuba check semua stok, barang apa yang perlu ditambah. Contohnya perlu beli dua paket roti dengan harga RM12

- Gunakan modal pusingan RM150 - RM12 = RM138

- Maknanya, jualan hari kedua nanti perlu topup RM12

Hari kedua

Contoh untung jualan: RM70

- Belian stok modal untuk hari pertama semalam RM12.

- Kiraannya, untung jualan RM70 - RM12 = RM58

- Simpan RM58 dalam bank, jangan sentuh.

- RM12 topup semula dalam modal pusingan

Close up man with calculator counting, making notes at home, hand is writes in a notebook. Stacked coins arranged at deesk. Savings finances concept.

Dengan mempelajari bab pengurusan kewangan, pemilik bisnes dapat merangka strategi untuk memajukan perniagaannya. -Gambar hiasan

Hari ketiga

Apabila jualan makin meningkat, pembelian akan tinggi pada hari-hari berikutnya. Katakan pembelian RM98

RM150 (modal) - RM98 = RM52 (baki duit modal pusingan. Kena topup semula)

Contoh untung jualan: RM120

- Kiraannya, untung jualan RM120 - RM98 = RM22 (Simpan RM22 dalam bank, jangan sentuh!)

- RM98 topup semula dalam modal pusingan

Sekiranya modal harian melebihi RM150, tiada simpanan hari tersebut.

Maka perkara yang sama perlu dilakukan pada hari berikutnya, topup semula modal serta masukkan ke dalam bank baki untung jualan.

"Selain tu, disiplin buka tutup adalah segalanya. Buka beberapa hari, tutup dua tiga hari. Bukan macam tu cara bisnes. Kalau betul nak off day, tetapkan hari khusus. Customer mesti tahu.

"Hari ada sales, simpan cash. Hari kurang sales, atur strategi. Orang bisnes, hati mau keras. Kena ada motivasi hari-hari.

"Kena belajar marketing guna media sosial, belajar boost, belajar iklan, belajar register dengan Google, belajar jual pakai aplikasi.

"Ingat, orang berniaga ni, bisnes kena jalan sehingga tokey boleh jalan-jalan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain