RAMAI anak muda mengeluh apabila pendapatan bulanan yang diraih mereka tidak mencukupi untuk membayar segala komitmen. Atas desakan itu, ada yang terpaksa melakukan kerja sambilan dan menjalankan perniagaan bagi menambah pendapatan. Dalam dunia digital hari ini, sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian tanpa perlu melabur wang. Berikut adalah lima kaedah yang boleh anda lakukan: 1. Daftar affiliate Pemasaran secara affiliate adalah cara mudah untuk menjana wang dengan mempromosikan produk dan mendapat komisen untuk setiap jualan yang dibuat melalui pautan (link) rujukan anda. Anda tidak perlu mencipta produk sendiri, sebaliknya cukup sekadar promosikan produk orang lain di media sosial, blog, atau laman web. Paling mudah, anda boleh melakukan affiliate menerusi aplikasi seperti TikTok dan Shopee. 3. Manfaatkan jumlah pengikut Jika anda mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, anda boleh menjana pendapatan dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan. Segelintir individu melakukan kerja sambilan kerana gaji tidak mencukupi. -Gambar hiasan Syarikat sering mencari pempengaruh untuk membantu memasarkan jenama mereka, terutamanya di laman sosial melalui TikTok, X, Facebook dan Instagram. Mereka sanggup membayar anda untuk mempromosikan produk melalui posting atau video. 4. Jual kreativiti Kreativiti anda juga boleh menjana wang dengan menjual gambar atau rekaan (design) secara dalam talian. Platform seperti Shutterstock, Adobe Stock, dan Etsy membenarkan anda menjual karya fotografi, ilustrasi, atau seni digital anda kepada orang ramai. 5. Tutor dalam talian Jika mempunyai kepakaran dalam sesuatu subjek, anda boleh membantu orang lain dengan menjadi tutor. Kaedah pengajian bersama tutor dalam talian semakin mendapat perhatian ramai selepas pandemik Covid-19 melanda dunia. Bergantung pada kelayakan dan subjek yang diajar, anda boleh memperoleh bayaran yang baik mengikut jumlah jam bekerja sebagai tutor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube