suria

Banyak nak guna duit menjelang bulan puasa, raya... Ini cara paling mudah kumpul RM1,000 dalam tempoh 2 bulan

Amalan menabung haruslah dimasukkan dalam pengurusan kewangan. -Gambar hiasan

TAHUN 2025 baru sahaja membuka tirainya, namun ada dalam kalangan kita yang sudah mula pening kepala.

Ia berikutan umat Islam di Malaysia dijangka menunaikan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri dalam bulan yang sama pada Mac nanti.

Untuk mengatasi masalah itu, anda sepatutnya boleh mula merancang kewangan dan memulakan tabungan seawal bulan Januari.

Berikut kami kongsikan kaedah yang boleh anda gunakan untuk menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa dua bulan.

1. Tetapkan matlamat harian/ mingguan

Mungkin agak sukar untuk anda menyimpan RM1,000 dalam dua bulan, namun dengan disiplin dan kedah yang tepat, matlamat ini pasti boleh dicapai.

Paling penting, anda kena tetapkan matlamat. Contohnya, untuk mengumpul RM1,000 dalam dua bulan, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM17 sehari atau RM120 setiap minggu.

Contohnya RM17 x 30 hari = RM510. Dengan menyimpan jumlah ini, anda boleh mengumpul RM1,020 dalam 60 hari atau dua bulan.

unnamed

Banyak perbelanjaan ekstra berlaku pada bulan Ramadan dan Syawal. -Gambar hiasan

2. Lakukan cabaran simpanan

Ambil cabaran simpanan bertingkat yang popular—simpan RM1 pada hari pertama, RM2 pada hari kedua, dan teruskan sehingga hari ke-30. Dengan cara ini, anda akan dapat menyimpan lebih banyak tanpa terasa beban.

3. Kurangkan perbelanjaan mengarut

Makan di luar setiap hari boleh menyebabkan perbelanjaan anda naik mencanak.

Anda boleh gantikan dengan alternatif lebih jimat seperti memasak di rumah atau membeli barang dengan diskaun.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara realistik simpan dana kecemasan, cuma boleh sentuh untuk 3 situasi! Gaji kecil, besar semua orang boleh buat

ARTIKEL BERKAITAN: Beli atau sewa rumah? Ukur baju di badan sendiri, menyewa mungkin lebih berbaloi!

4. Jejak perbelanjaan

Hari ini, terdapat banyak aplikasi penjejak kewangan yang boleh anda dapatkan.

Dengan aplikasi ini, anda boleh mencatat segala perbelanjaan, sekali gus membantu untuk berbelanja dengan lebih berdisiplin.

5. Cari wang ekstra

Idea untuk melakukan dua kerja pada satu masa agak tidak praktikal, maklumlah kita sememangnya sentiasa sibuk dengan kerjaya hakiki.

Namun, anda boleh mencuba untuk berniaga melalui aplikasi TikTok. Jika kena caranya, anda mungkin dapat menjana pendapatan sehingga mencecah empat angka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain