SEORANG lelaki berusia 37 tahun tergamak membakar isterinya di dapur.
Ketika kejadian, isterinya sedang memasak di dapur sebelum suspek menyimbah bahan api pada tubuh mangsa.
Sebelum itu, kedua-dua mereka dikatakan bertengkar apabila si suami bertanyakan tentang sebuah kereta.
Kejadian berlaku di Kepahiang di Bengkulu, Indonesia, baru-baru ini.
Bagaimanapun, suspek tidak meneruskan untuk membakar isterinya selepas melihat anaknya menangis.
Mangsa kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada polis.
Suspek kini ditahan polis untuk siasatan. - Tribun Medan
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube