suria

Tiada gadis cantik! Siswi dihalau penduduk kampung gara-gara bikin ‘content’ cetus kemarahan

Seorang siswi memohon maaf kerana membuat 'content' yang menyinggung perasaan.

SEORANG siswi dikecam teruk oleh sekumpulan penduduk kampung gara-gara membuat content yang menyinggung perasaan, di laman sosial.

Ia susulan rakaman video yang dibuat oleh salah seorang pelajar universiti yang mendakwa bahawa tiada seorang gadis tempatan yang cantik di sebuah kampung, di mana lokasi mereka melakukan tugasan kuliah.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Kayangan di Lombok Utara, Indonesia.

Kenyataan yang dimuat naik menerusi story di Instagram milik seorang pelajar yang kemudian menjadi tular.

Susulan itu, pelajar tersebut membuat video permohonan maaf kerana telah menyinggung perasaan penduduk Kampung Kayangan.

Menerusi video lain, kelihatan pelajar tersebut turut memohon maaf secara terbuka kepada penduduk.

Selepas permohonan maaf, gadis berkenaan bersama sekumpulan pelajar meninggalkan Kampung Kayangan setelah diusir penduduk kampung dan turut kedengaran jeritan mereka.

Rata-rata netizen menegur siswi berkenaan supaya berfikir dengan bijak sebelum membuat sesuatu content di laman sosial. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain