suria

MH17: Saksi Nampak Pesawat Jatuh Berkecai

BEBERAPA saksi berkongsi pengalaman bagaimana mereka melihat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 “meletup” di ruang udara timur Ukraine, selepas ia dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

Pesawat itu membawa 298 orang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas dekat kampung Grabovo.

Bagaimanapun, tiada kumpulan yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

Saksi berkongsi pengalaman mereka melihat pesawat itu terhempas dalam keadaan yang digambarkan begitu ‘dahsyat’.

Penduduk tempatan memberitahu “semuanya meletup di udara, dengan mayat dan badan pesawat jatuh berkecai. Masing-masing fikir pesawat itu diletupkan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Vladimir berkata: “Saya ketika itu sedang bekerja menggunakan traktor saya di ladang ketika mendengar bunyi sebuah pesawat dan kemudian terdengar bunyi tembakan dan letupan. Selepas itu, saya melihat pesawat terhempas dan asap tebal berkepul-kepul.”

Seorang pemberontak pemisah dari kawasan berhampiran di Krasnyi Luch yang hanya dikenali sebagai Sergei berkata: “Dari balkoni, saya dapat melihat sebuah pesawat mula menuruni dari paras yang tinggi dan kemudiannya mendengar dua letupan.”

Dia bagaimanapun menafikan kumpulan pemberontaknya didakwa menembak jatuh pesawat itu.

“Ia (menembak jatuh) hanya berlaku sekiranya membabitkan pesawat pejuang dan peluru berpandu permukaan ke udara,” katanya kepada Reuters.

Katanya, kumpulan pemberontak berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk menembak jatuh sebuah pesawat pada ketinggian itu (33,000 kaki). - mirror.co.uk

MH17, MAS, Penerbangan Malaysia

Artikel Lain