SEORANG wanita dikejarkan ke bilik kecemasan kerana 20 jam menggunakan telefon bimbit. Wanita berusia 47 tahun itu tidak berhenti mengggunakan telefon bimbitnya ketika berada dalam sebuah kereta api perjalanan dari Henan ke Guangzhou pada 13 mac lalu. Dia dikejarkan ke Hospital Universiti Jinan selepas terjatuh dan mengalami pendarahan di bahagian otak hampir dua sentimeter. Pihak doktor mengeluarkan darah dua kali ganda berbanding pesakit biasa yang mengalami strok otak. Menurut doktor, punca insiden itu berlaku kerana pesakit berada dalam keadaan statik yang lama dan hanya bermain telefon bimbit. Dalam pada itu, selepas pembedahan wanita itu memberitahu dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan. Bagaimana pun doktor mendedahkan semakin ramai jumlah pesakit yang mengalami situasi yang sama hari ini.