suria

Playboy tiduri lebih 6,000 wanita meninggal dunia

SEORANG lelaki yang digelar Romeo of Rimini kerana meniduri lebih 6,000 wanita meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Maurizio Zanfanti, playboy terkenal di Itali maut semasa sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelancong wanita berusia 23 tahun.

Zanfanti mula bekerja sebagai seorang promoter sebuah kelab malam di Rimini, sekitar tahun 1970-an ketika dia berusia 17 tahun.

Bekerja untuk sebuah kelab malam dikenali sebagai Blow Up, Zanfanti akan berbual dengan wanita di jalanan untuk cuba memujuk mereka datang ke kelab malam tersebut.

Dalam satu temu bual pada 2016, Zanfanti berkata:"Saya fikir saya lebih banyak melakukan kerja mempromosikan pelancongan untuk Rimini bersama ratusn agensi."

Semasa musim sejuk dia bekerja bersama agensi pelancongan di Scandinavia dan dia amat dikenali sehingga patung lilinnya turut dibina di sebuah bandar di Sweden.

Namun pada Selasa lalu, dia mengalami serangan jantung ketika melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dari Eropah timur di estetnya yang terletak di Pradella, Rimini.

Pelancong wanita itu menghubungi pasukan paramedik tetapi Zanfanti gagal diselamatkan.

Media Itali berkata Zanfanti sudah ditakdirkan untuk meninggal dunia dengan cara sebegitu. - Metro.co.uk

playboy, meninggal dunia

Artikel Lain