PANTANG maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang bayi lima bulan apabila terselamat selepas terperangkap dalam runtuhan rumahnya. Insiden di kawasan Jayapura berlaku akibat bencana banjir yang melanda Papua pada Sabtu lalu. Jurucakap pasukan penyelamat, Muhammad Aidi berkata, bayi lelaki itu ditemui dalam runtuhan selepas terperangkap kira-kira lima jam. "Ketika ditemui, dia ditindih kayu dan sebaik diselamatkan kami terus bawanya ke rumah sakit," kata Aidi kepada wartawan BBS News Indonesia, Mohamad Susilo. Bencana yang melanda Papua itu mengakibatkan lebih 70 orang meninggal dunia, manakala ribuan warganya terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat. Sebaik bayi itu ditemukan, ayahnya dikatakan datang dalam keadaan panik dan stres. "Bayi itu telah dibawa balik oleh keluarganya pada Ahad selepas pemeriksaan mendapati dia dalam keadaan baik," katanya.-bbc.com