SEORANG bapa warganegara Britain diangkat sebagai wira kerana menggunakan dron miliknya untuk menyelamatkan ratusan orang di pantai dari serangan jerung. Pemangsa dengan kepanjangan 20 kaki itu dilihat menghendap santapannya di perairan Pantai Meelup, Selatan Australia. Ketika itu David Aphonoso, 36, dan keluarganya sedang berenang dan secara kebetulan dia sedang bermain dengan dron untuk melihat pemandangan di kawasan sekitar. Namun begitu, ketika sedang bersiar-siar di udara menggunakan dron miliknya, David melihat seekor haiwan yang sungguh digeruni ramai. Ketika itu, dua orang anaknya sedang berseronok bermandi-manda dalam air laut apabila David membuat panggilan ke isterinya untuk memberikan amaran kepada pengunjung lain. Tidak cukup setakat itu, tindakan David yang seterusnya sememangnya dikagumi ramai. David menggunakan dron miliknya untuk mengekori jerung tersebut sebagai penunjuk arah kepada pasukan penyelamat pantai bagi menjejaki pemangsa itu. Ketika mereka menghampiri pemangsa itu, ia akhirnya dapat disahkan ia adalah seekor jerung putih. "Saya bersyukur yang dron saya ada di sekitar kawasan ketika jerung itu berlegar mencari mangsa. Ada dekat hampir seribu orang di pantai waktu tu. "Saya nampak jerung tu, dalam 10 kaki sahaja lagi dari orang ramai yang sedang berenang dari dalam enam kaki dari pantai. "Bila kami pergi tengok, jerung tu memang besar dan bila dia ada dekat kawasan perairan cetek macam ni, maksudnya betul la dia tengah cari mangsa," katanya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI