DIDAKWA menghamilkan 10 gadis sekali gus, remaja lelaki berusia 17 tahun akhirnya dicekup pihak polis. Suspek merupakan seorang lelaki berasal dari Nigeria yang ditahan bersama tiga lagi rakannya terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita. Difahamkan, mereka terbabit dengan sindiket ‘kilang bayi’. Menerusi laporan dibuat Pulse, suspek, Noble Uzuchi ditahan selepas pihak polis melakukan serbuan di dua buah rumah yang terletak di Igwuruta dan Omagwa, Nigeria pada 7 Januari lalu. Dalam serbuan itu terdapat 10 gadis diselamatkan namun kesemua mereka sedang hamil. Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan bersama seorang lagi suspek lelaki dipercayai dibayar untuk menghamilkan para gadis supaya bayi yang dilahirkan dapat dijual. Menurut sumber, ketua sindiket ‘kilang bayi’ itu akan menyimpan bayi yang dilahirkan sebelum menjualnya kepada mereka yang berminat. Difahamkan, setiap gadis yang melahirkan bayi ditawarkan wang sebanyak N500,000 (RM4,800) setiap kali bersalin. Gadis-gadis berkenaan akui nekad bertindak sedemikian kerana tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan pihak polis masih mengesan pembeli yang terlibat dalam sindiket haram ini. -PULSE Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI