SEORANG model bagi laman sesawang lucah hadir ke mahkamah dengan berpakaian kurang sopan. Pempengaruh (influencer) itu menghadirkan diri bagi menjawab tuduhan bahawa dia melanggar undang-undang tahap batas kelucahan yang ketat di Turki. Merve Taskin, 23, berdepan hukuman penjara tiga tahun dan telah dituduh berkongsi imej daripada laman sesawang lucah itu kepada 576,000 pengikut Instagramnya. Difahamkan, ini bukan kali pertama kesalahan dilakukan oleh wanita terbabit. Terdahulu, dia dikenakan hukuman penjara lima bulan kerana menyiarkan gambar dianggap lucah pada Disember 2021. Kini dia berdepan penjara sekali lagi dengan perbicaraan mengenai isu lucah kedua dalam masa beberapa bulan sahaja. Tetapi pada perbicaraan untuk kes baharunya pada 12 Januari, pakaian Taskin yang menarik perhatian pastinya menjadi topik hangat. Baju berbulu dipakai dengan menampakkan bahu sebagai penampilannya. Model itu juga memakai skirt mini yang digandingkan dengan but tumit tinggi kulit paras lutut ketika dia tiba di mahkamah Istanbul bersama peguamnya, Feyza Altun. Taskin kelihatan gembira apabila menyiarkan gambar di media sosial dengan kapsyen ‘Adakah anda suka pakaian ke mahkamah saya?’ - DAILY STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI