MAYAT seorang lelaki ditemui di dalam kediaman selepas dibunuh oleh isterinya yang merupakan seorang profesor psikologi. Florencia Amada Cattaneo, 41, didakwa atas pembunuhan suaminya, Pedro Zarate. Suspek dituduh memotong kemaluan, menikam matanya dengan senjata tajam sebelum dibunuh. Cattaneo ditahan di rumah ibunya selepas kakaknya menemui mayat mangsa di apartmen mereka di Altos de San Lorenzo di La Plata, Argentina. Kakak Cattaneo mula bimbang apabila pembunuh yang didakwa muncul di rumah ibu mereka dengan berlumuran darah pada 8 Januari. Bagaimanapun, mayat Zarate hanya ditemui pada 10 Januari, apabila dia telah dikerat secara kejam. Pendakwa raya mendedahkan bahawa Cattaneo dimasukkan ke wad psikiatri sejak kejadian itu. Siasatan dijalankan atas dakwaan pembunuhan terbabit. Laporan tempatan mendakwa bahawa dia mempunyai sejarah penyakit mental. Suspek bakal menghabiskan sisa hidupnya di hospital psikiatri jika disabitkan kesalahan atas pembunuhan itu. -DAILY STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI