suria

“Saat paling kotor seumur hidup” - Influencer beranikan diri dedah detik hitam jadi mangsa gangguan seksual... waktu siang, di jalan sibuk

Nina Nobal menceritakan pengalaman hitamnya sebagai peringatan kepada wanita lain.

SEORANG pempengaruh (influencer) media sosial yang merupakan mangsa gangguan seksual mengumpul keberanian untuk menceritakan kisah hitam yang dilaluinya.

Menurut gadis berkenaan, ketika itu dia sedang berjalan di tempat terbuka apabila seorang lelaki memeluknya dan akhirnya melepaskan air mani pada seluarnya.

Lebih memeranjatkan, kejadian pada 2021 yang menimpa Nina Nobal, 20, itu berlaku pada hari siang di sebuah jalan utama di Joinville, Brazil.

Lelaki itu kini telah ditahan pihak polis tempatan dan dibawa ke muka pengadilan.

Berkongsikan detik hitam itu kepada 72,000 pengikutnya di Instagram, Nina memberitahu pada mulanya lelaki itu mengugut hendak merompaknya.

Namun begitu, lelaki itu kemudian memaksanya naik ke atas sebatang pokok sehingga dia tidak boleh bergerak dan melakukan gangguan seksual.

"Saat paling kotor seumur hidup, sungguh jijik diri diperlakukan sebegitu," ujar Nina menceritakan perasaannya selepas kejadian tersebut.

Nina Nobal merupakan seorang pempengaruh di Instagram.

Amat menyayat hati apabila wanita itu berkata barangan miliknya mungkin tidak dirompak, tetapi maruahnya telah dicabul.

"Sebahagian jiwa saya hilang pada hari itu.

"Ketika saya ditolak pada pokok, dia memaksa saya membantunya beronani.

"Saya merayu kepada dia, ambillah semua barang yang saya ada tapi jangan cederakan saya," luah Nina.

Nina berkata lelaki tersebut mengancam untuk membunuhnya jika dia melawan dan perkara itu menyebabkan dia terpaksa akur.

"Saya cuba kekal tenang, saya cuma mahu ia berakhir dengan cepat. Kejadian itu sebenarnya berlaku selama beberapa saat sahaja tetapi untuk saya, ia seperti berkurun lamanya.

"40 saat kemudian, saya dapat rasakan dia mencapai klimaks dan air mani kena seluar saya.

"Kemudian lelaki itu menyuruh saya melarikan diri dan jangan menoleh ke belakang lagi," kata Nina kesal dengan kejadian yang berlaku.

Dia berkongsi pengalaman pahit ini untuk memberi amaran kepada wanita lain bahawa 'pada tahun 2021, waktu siang, di jalan yang sibuk, anda masih tidak selamat'.

Memetik laporan UOL, seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditangkap selepas kamera keselamatan diperiksa.

Dia mengaku melakukan jenayah itu tetapi Nina masih tidak berpuas hati dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Sudah tentu saya lega, tetapi pertuduhan ditukar daripada rogol kepada gangguan dan saya merayu agar jenayah ini dianggap sebagai rogol, bukan gangguan seksual.

"Saya tahu apa yang saya lalui, saya tahu bagaimana ia berlaku dan saya tahu apa yang berlaku," katanya.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain