suria

Dua remaja Pakistan hilang dari rumah, siasatan polis mendapati mereka rancang ke Korea Selatan nak jumpa BTS

BTS adalah sebuah band lelaki yang terdiri daripada tujuh ahli. -Foto Handout

DUA remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Pakistan pada 8 Januari akhirnya ditemui di satu lokasi dengan jarak lebih 1,200 kilometer dari rumah mereka.

Menurut Penguasa Kanan Polis Korangi, Abraiz Ali Abbasi, kedua-duanya berusia 13 dan 14 tahun.

Mereka merupakan peminat kumpulan K-pop BTS dan berhasrat untuk terbang ke Korea Selatan bertemu dengan artis tersebut.

Kedua-dua mereka sedang melepak di rumah gadis berusia 13 tahun itu, menurut polis pada 10 Januari.

Menurut bapa kepada kanak-kanak berusia 13 tahun itu, Mohammed Junaid, kedua-duanya tidak ditemui ketika dia keluar mencari mereka.

Dengan mengandaikan mereka diculik, dia memfailkan laporan orang hilang kepada pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari hilang, 2 remaja perempuan akhirnya ditemui 1,200km dari rumah... rupanya ‘plan’ ke Korea Selatan nak jumpa BTS!

Selepas menjalankan siasatan di rumah itu pada keesokan harinya, polis menemui sebuah diari milik salah seorang remaja itu.

“Mereka berhasrat pergi ke Korea Selatan untuk bertemu dan menyertai BTS kerana mereka sangat meminati kumpulan itu.

“Daripada diari itu, ada disebutkan mengenai jadual kereta api. Mereka merancang untuk melarikan diri bersama rakan mereka yang lain," kata Abraiz kepada Dawn.

Abraiz menggesa ibu bapa memantau telefon dan tempoh anak-anak bermain telefon.

Pemeriksaan forensik yang dijalankan mendapati kedua-duanya melakukan penyelidikan dalam talian yang teliti mengenai Korea Selatan sebelum melarikan diri.

Antara perkara yang ditemui dalam carian Google termasuklah apa yang perlu dilakukan, jenis pakaian untuk dipakai dan perkara perlu dielakkan di Korea Selatan.

“Kami mula mengesan mereka secara agresif dan mendapati mereka berada dalam tahanan polis di bandar Lahore di mana mereka membuat perjalanan dengan menaiki kereta api," kata Abraiz.

Katanya, kedua-dua remaja itu sudah dibawa pulang ke rumah mereka di Karachi.

BTS adalah sebuah band lelaki yang terdiri daripada tujuh ahli yang ditubuhkan pada 2013.

Ahlinya yang paling tua, Jin, 30, telah menyertai khidmat ketenteraan wajib pada bulan lepas.

Enam yang selebihnya kini memberi tumpuan kepada projek solo mereka.

BTS akan bersatu semula pada 2025 apabila semua anggota telah menamatkan khidmat tentera. - THE STAR

Jadilah sebagaian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain