suria

Pasangan mencari rumah baharu dalam talian terkejut, terjumpa iklan budak kecil untuk dijual

Foto budak lelaki dalam iklan yang dijumpai.

SEPASANG suami isteri muda yang mencari rumah dalam talian terkejut selepas terjumpa sebuah iklan pelik.

Ketika mereka mencari sebuah rumah kecil untuk dibeli, pasangan dari Moscow, Rusia itu akhirnya melayari bahagian haiwan.

Ketika berada di bahagian kucing laman web tersebut, mereka terjumpa iklan seorang budak lelaki berusia lima tahun untuk dijual.

Pasangan tersebut terkejut setelah ternampak iklan tersebut. - Gambar Hiasan

Menurut akhbar tempatan, Matvey, 33, mendakwa bahawa iklan itu menunjukkan gambar seorang budak lelaki tersenyum bersama perkataan ‘Seryozha’ iaitu ‘beli di Moscow’.

Iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa harga untuk anak muda itu tersedia atas permintaan, bersama nombor telefon dan nama penjual wanita.

Pasangan itu telah menghubungi polis dan menyerahkan kenyataan bertulis tentang iklan yang dijumpai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah jual anak harga lebih RM20,000 ada ‘plot twist’, ibu tergamak iklankan dagang organ

Siasatan mengenai isu berlaku telah dijalankan dan ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku di Rusia.

Media tempatan melaporkan bahawa kejadian ini berkemungkinan sekadar gurauan jahat, atau perkara yang lebih serius.

Contohnya, pada Julai 2022, seorang ibu menjual bayinya yang baru lahir untuk membayar operasi pembedahan plastik rhinoplasty sebanyak £3,000 (RM16,000).

Menurut laporan polis, ibu itu mengambil deposit sebanyak £274 (RM1,400) daripada pasangan yang bersetuju hanya lima hari selepas kelahirannya pada 25 April untuk menjual bayinya.

Polis menahan sekumpulan suspek yang terlibat atas sebab pemerdagangan manusia. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain