SEORANG lelaki melarikan rantai emas bernilai lebih RM19,000 dengan berenang menyeberangi sungai dipenuhi ular. Suspek dikatakan memasuki ke premis tersebut untuk meninjau terlebih dahulu barang kemas sebelum meminta untuk meneliti rantai emas berharga RM12,666 seberat 45.6 gram. Menurut pengurus kedai, lelaki berkenaan mendakwa rantai tersebut terlampau mahal. Tipu dayanya bermula apabila dia memaklumkan dia akan kembali semula selepas mendapatkan pandangan daripada isterinya. Suspek kembali semula ke kedai mengatakan isterinya mahu rantai emas seberat 75.8 gram. Suspek itu kemudiannya kembali semula ke kedai dengan mengatakan isterinya mahu rantai emas seberat 75.8 gram yang berharga RM18,841. Atas dasar kepercayaannya, pengurus kedai membiarkan dia untuk memeriksa keadaan barang kemas tersebut terlebih dahulu sebelum bertindak untuk merlarikan diri. Pencuri berjaya melarikan diri dengan berenang menuju ke Myanmar. Difahamkan, kejadian kecurian itu berlaku pada 26 November lalu di sebuah kedai emas di daerah Mae Sai, Chiang Rai, Thailand yang berada lebih kurang 200 meter sahaja dari Balai Polis Mae Sai. Susulan daripada itu juga, pihak polis berjaya mengesan motosikal yang digunakan berhampiran Sungai Ruak, Sempadan Thai-Burma menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV). Disebabkan itu juga, mereka meminta bantuan daripada Pejabat Kerjasama Sempadan Thailand-Myanmar untuk mengesan suspek yang sanggup merentasi sungai penuh ular demi melarikan diri. -The Thaiger Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI