SEORANG lelaki membuat laporan polis terhadap bapanya sendiri, apabila menuduh warga emas tersebut cuba menggoda isterinya sepanjang ketiadaannya di rumah. Pawan Vairagi, dari Rajasthan, India, mendakwa bapanya, Ramesh Vairagi turut menghasut isterinya untuk meninggalkan dirinya. Dilaporkan, bapa dan isterinya juga berkahwin lari. Dalam laporannya, Pawan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia terpaksa berjauhan dengan isteri kerana bekerja. Kesempatan itu disyaki digunakan oleh bapanya untuk meluangkan lebih banyak masa bersama wanita tersbeut dan memikatnya. Pasangan bapa mentua dan menantu itu baru-baru ini melarikan diri. Malah isteri Pawan turut meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia enam bulan. Sebaik sahaja mengetahui isterinya melarikan diri bersama bapanya, Pawan berang dan tidak teragak-agak membuat laporan polis. Pawan juga mendakwa motosikalnya turut hilang, dipercayai digunakan pasangan itu untuk melarikan diri. - Tribunnews.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube