KECURANGAN seorang isteri akhirnya terbongkar selepas suaminya curiga apabila mendapati wajah anak lelaki mereka langsung tidak mempunyai mirip sepertinya. Lelaki bernama Truong Tan Dao dari wilayah Guangdong, China, itu akhirnya nekad melakukan ujian DNA untuk mencari jawapan di sebalik rasa curiganya itu. Ternyata, keputusan ujian tersebut menunjukkan anak lelaki yang dilahirkan isterinya, Lac Tu Van, adalah daripada benih lelaki lain yang merupakan pemilik rumah sewa mereka. Tu Van mengambil kesempatan menjalin hubungan dengan lelaki tersebut ketika ketiadaan suaminya yang bekerja mencari rezeki. Selepas kebenaran terbongkar, Tu Van mengakui perbuatannya malah menyatakan hasratnya untuk bercerai. Sungguhpun kecewa, namun Tan Dao enggan berpisah dengan isterinya malah memberi peluang kedua untuk mereka hidup bersama kembali, dengan meletakkan syarat iaitu kanak-kanak lelaki yang bukan merupakan darah dagingnya diserahkan kepada bapa kandungnya. Bagaimanapun, Tu Van nekad mahu berpisah dan memberi alasan suaminya bukan orang senang, malah suka berfoya-foya sehingga mabuk. Tan Dao berjanji untuk berubah namun wanita berkenaan tetap dengan pendiriannya malah mendakwa keputusan tersebut turut disokong oleh ibu bapanya. - Tribunnews.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube