suria

Wajah ditumbuhi bulu sejak berusia 15 tahun, wanita terpaksa bercukur setiap hari

Wajah Torri ditumbuhi bulu kerana dia menghidap PCOS.

SEORANG wanita terpaksa mencukur janggut serta misai yang tumbuh di wajahnya setiap hari sejak berumur 15 tahun.

Rutin tersebut perlu dilakukan Torri Sunshine, selepas dia didiagnosis menghidap PCOS (sindrom ovari polisistik) ketika berusia 13 tahun.

PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang menghidapinya.

Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.

Torri, 33, yang juga seorang pencipta kandungan (content creator) dari Florida, Amerika Syarikat mengakui dia dahulu berasa malu apabila banyak bulu tumbuh pada wajahnya.

"Setiap kali mahu keluar di khalayak ramai, saya perlu bercukur.

"Kini saya bekerja dari rumah, jadi nasib baik saya tidak perlu melakukannya sentiasa, tetapi saya pasti bercukur setiap hari," ujarnya.

Bagaimanapun kini dia sudah terbiasa menggunakan pisau cukur malah lebih berasa lebih yakin dan menghargai kecantikan tersendiri yang dimiliki. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain