suria

Trak bantuan terkandas gara-gara Israel sambung semula perang ke atas Gaza

Trak bantuan kemanusiaan berlepas ke Gaza semasa gencatan senjata sementara antara Hamas-Israel sebelum ini. -Gambar Reuters

TRAK bantuan terkandas berhampiran sempadan Mesir dan Gaza ketika Israel menyambung semula kempen ketenteraannya pada Jumaat selepas gencatan senjata selama tujuh hari tamat.

"Pengeboman telah berlaku sejak 7.00 pagi. Ada pesawat dan artileri... kami belum bergerak," kata pemandu trak, Saleh Ebada.

Sumber keselamatan Mesir dan seorang pegawai Bulan Sabit Merah berkata bantuan dan trak bahan api telah berhenti masuk dari Mesir.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penyambungan semula pertempuran sebagai 'malapetaka'.

Jurucakap lintasan sempadan Rafah turut mengesahkan bahawa trak yang membawa bantuan, bahan api dan gas memasak yang sangat diperlukan dari Mesir ke Semenanjung Gaza telah terhenti kerana pengeboman Israel disambung semula.

Rafah menjadi satu-satunya pintu masuk untuk bantuan masuk ke Gaza sejak Israel mula mengepung dan mengebom wilayah tersebut pada 7 Oktober lalu. -Aljazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain