suria

Bercerai lepas 3 minit kahwin! Pengantin perempuan berang, suami panggil bodoh lepas tersandung ke tempat resepsi

Hormat-menghormati merupakan salah satu kunci keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

SEPASANG pengantin baharu mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai selepas tiga minit diisytiharkan sebagai suami isteri.

Insiden bermula apabila pengantin perempuan tersandung lalu terjatuh ketika dalam perjalanan ke tempat resepsi selepas mereka melafazkan ikrar perkahwinan.

Ketika itu, pengantin lelaki bukan sahaja tidak membantu, malah turut mengeluarkan perkataan 'bodoh' terhadap isterinya.

Tindakan itu menyebabkan pengantin perempuan berang dan terus mengambil keputusan ke mahkamah untuk meminta pembatalan perkahwinan mereka dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun tiada zuriat, suami nak kahwin lagi walau ada anak tiri... Isteri pertama mahu tunai umrah sama tarikh nikah madu

Permintaan pengantin perempuan diluluskan hakim, sekali gus menjadikan perkahwinan mereka sebagai yang tersingkat dalam sejarah Kuwait.

Kisah tular itu meraih perhatian rakyat Kuwait yang rata-ratanya menyokong tindakan pengantin perempuan.

"Jika dia sudah bersikap begitu sejak awal, lebih baik tinggalkan sahaja," komen seorang netizen. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain