SEORANG wanita berusia 30 tahun maut ketika menjalani rawatan sedut lemak di sebuah klinik. Pembuluh darah mangsa pecah sewaktu menjalani pembedahan. Kejadian berlaku di Depok, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin minggu lalu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Metro Depok, Pesuruhjaya Pol Arya Pradana pada Ahad. "Saluran darah pecah, mengakibatkan mangsa ini harus dirawat lebih intensif dan akhirnya meninggal dunia," kata Arya kepada pemberita. Menurut Arya, mangsa menjalani pembedahan sedut lemak di lengan kanan dan kiri. Selepas salur darah pecah, mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran. Bagaimanapun, dia kemudian disahkan meninggal dunia. Arya turut memberitahu, tidak dapat disahkan sama ada saluran darah pecah itu sebagai punca kematian mangsa. Siasatan sedang dijalankan termasuk lesen klinik tersebut dan kepakaran doktor yang melakukan pembedahan itu. "Kita akan melakukan pemeriksaan," katanya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube